Wanita kecewa peniaga jual makanan berulat di bazar Ramadan

Wanita kecewa peniaga jual makanan berulat di bazar Ramadan

Johor Bahru: Tindakan seorang peniaga di bazar Ramadan di bandar raya ini menjual makanan ‘tidak laku’ yang sudah berulat kepada pelanggan menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Menerusi perkongsian di Facebook (fb), seorang wanita menyatakan nasi bersama lauk ayam yang dibeli di bazar Ramadan di sebuah kawasan perkampungan di bandar raya ini sudah berulat ketika mahu berbuka puasa.

Katanya, dia memberi teguran kepada peniaga supaya tidak menjual makanan lama kepada pelanggan.

“Kasihan orang mahu buka puasa, beli pakai duit bukan pakai daun.

“Sekiranya ayam dah beberapa hari tidak payah nak jual,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bazar berkenaan serta mengambil tindakan sesuai.

“Kami akan menghantar pegawai untuk menjalankan pemeriksaan di bazar itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berkata, pihaknya kecewa dengan kejadian itu dan difahamkan Jabatan Kesihatan MBJB sudah mengambil sampel makanan berkenaan.

“Bazar Ramadan itu memiliki kira-kira 100 peniaga, namun setakat ini peniaga lain tidak bermasalah.

“Sekiranya perkara berkenaan sahih, peniaga berkenaan boleh dikenakan tindakan termasuk lesen perniagaan dibatalkan atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Sumber : Harian Metro

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*