Ramai Yang Kecewa Wanita Cantik Kantoi Ketika ‘LIVE’ Bila Tahu Dia Yang Sebenarnya

Seorang Vlogger yang disangkakan wanita muda cantik rupa-rupanya hanya bersiaran langsung menggunakan aplikasi filter wajah.

Wanita yang menamakan dirinya ‘Your Highness Qiao Biluo’ dari China itu memiliki lebih dari 100,000 pengikut di Douyu (sebuah web TV secara langsung yang terkenal di China).

Sebelum itu, wanita ini sering dipuji akan kecantikan wajahnya dan suaranya yang kecil dan comel. Namun ada juga dalam kalangan peminatnya yang tahu wanita ini sebenarnya menggunakan aplikasi filter wajah.

Malah ada yang cuba memujuk untuk dia mendedahkan wajahnya yang sebenar, namun dia tidak mahu.


Jauh sangat bezanya guna filter ya!

“Saya tidak boleh tunjukkan wajah sebenar sehingga dapat mengumpul dana sebanyak 100,000 Yuan (RM59,873),” ujar wanita ini kepada sesiapa yang minta dia mendedahkan wajah sebenarnya.

Walaubagaimanapun ketika sumbangannya mencecah 40,000 Yuan, filter yang digunakannya mengalami masalah teknikal dan wajah sebenarnya terdedah kepada penonton.

Dia mula menyedarinya selepas melihat ramai yang keluar dari siaran langsungnya.

Lebih kesian lagi apabila ramai penontonnya mula menarik semula sumbangan mereka dan rasa tertipu dengan identiti wanita yang sebenarnya berusia 58 tahun itu.


Wajah asal sebelah kanan dan sebelah kiri menggunakan filter.

Jika dilihat pada perbezaan gambar ketika siaran langsung dan wajah sebenarnya memang terlalu ketara. Orang kata berpada-padalah kalau nak buat sesuatu pun.

Sumber: Nextshark via HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!