Baru-baru ini tular dimedia sosial satu rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki membuat kacau dipercayai berlaku di Premis Serbaneka di Jalan Sultan Mahmud berhampiran Petronas Batu Buruk Kuala Terengganu.
Berdasarkan CCTV tersebut, dilihat lelaki itu menendang stok jualan secara rambang. Dilihat juga seorang pekerja wanita cuba menegur kelakuan lelaki tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul dan disepak bagaikan tiada hari esok.
Walaupun dilihat terdapat pekerja lelaki di premis tersebut, mereka hanya kaku melihat pekerja wanita itu disepak dan diterajang.
Lelaki itu juga tidak memakai facemask ketika masuk ke premis tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki terbabit dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber : Info Roadblok JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.