Ajak penjaga zoo untuk ‘bergaduh’, aksi comel anak panda buat ramai geram
Melihat telatah bersahaja mereka yang terlebih comel itu kadangkala membuatkan kita terfikir, bagaimana haiwan secomel itu boleh bertahan hidup di alam liar. Bayangkan betapa banyaknya haiwan liar dan ganas di dalam hutan, dan spesies ini pula dengan tenang boleh meneruskan hidup seperti biasa.
Siapa sahaja yang tidak jatuh dengan spesies gemuk, gebu dan tembam seperti panda. Tengok sahaja sudah boleh buat kita tersengih-sengih sendiri, belum lagi tengok aksi selambanya yang comel itu, rasa seperti mahu dipeluk-peluk sahaja.
Antara telatah panda yang akan membuatkan hari anda bertukar ceria ialah seperti yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Zoo Negara Malaysia, anak panda tersebut dilihat sangat aktif sehingga sukar untuk dikendalikan sehinggakan penjaga zoo terpaksa bertungkus-lumus cuba menenangkannya.
Aksi ‘nakal’ haiwan yang menghuni Zoo Negara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok. Menerusi video berdurasi 58 saat itu, kelihatan anak panda tersebut seperti sedang ‘bergaduh’ kerana berebutkan tong sampah hitam dengan penjaga zoo sehingga memasukkan kepalanya ke dalam tong sampah itu.
Apa yang lebih melucukan ialah apabila melihat gelagat anak panda yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan penjaga zoo tersebut. Ketika diajak ‘berhaduh’ si anak panda itu cuba membalas kembali dengan tindakan lebih ganas. Namun, seganas mana pun dia tetap seekor panda comel, tindakan ganasnya tidak kelihatan ganas tetapi melucukan pula.
Sehingga kini, klip video tersebut telah ditonton lebih 2.6 juta kali dan menerima hampir 300,000 ‘like’ daripada netizen di TikTok.
Rata-rata pengguna aplikasi TikTok telah meninggalkan pelbagai komen menunjukkan mereka terhibur dengan aksi anak panda bersama penjaga zoo itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Tiktok / Era Baru