Bukan calang-calang, seawal usia 12 tahun, sudah mula menunjukkan bakat seorang arkitek profesional.

Bakal Arkitek dunia. Mat saleh pun kagum, umur 12 tahun tapi dah mahir design dan model bangunan.

Bukan calang-calang, seawal usia 12 tahun, adik Airiel Haziq sudah mula menunjukkan bakat persis seorang arkitek profesional.

Airiel yang meminati bidang seni bina pernah menarik perhatian orang ramai apabila berjaya menghasilkan lakaran pelan bangunan yang kemudiannya digunakan untuk merenovasi dapur rumahnya sendiri. Malah, video beliau turut mendapat perhatian vlogger luar negara yang kagum dengan kemahirannya.

Mungkin ada antara kita yang teruja dan tertanya-tanya bagaimana anak semuda itu sudah mampu menghasilkan lakaran yang setaraf profesional.

Jawapannya, semuanya bertitik tolak daripada minat beliau sendiri dan sokongan daripada ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik buat anak mereka.

Menurut perkongsian bapanya, Encik Mohd Hardy kepada kami, beliau dan isteri sentiasa memberi galakan terhadap minat anaknya. Dari menjawab persoalan kejuruteraan sehingga menyediakan bahan pembelajaran, mereka sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik untuk mengembangkan bakat Airiel.

Malah, mereka berusaha menjawab setiap soalan yang ditanya walaupun ia berlainan dari bidang mereka yang masing-masing bekerja sebagai pega wai penyelaras insu rans dan jurura wat (isteri).

“Saya suka sangat layan pertanyaan anak-anak. Kadang-kadang saya terpaksa ambil tahu benda yang saya tak tahu untuk jelaskan. Kadang-kadang kena jadi jurutera, kadang-kadang jadi cikgu, ahli sukan.. macam-macam lah,” katanya.
Pesan beliau, ibu bapa tidak boleh sesekali mematahkan impian anak-anak, sebaliknya, cuba penuhi impian mereka.

Menceritakan perihal anak sulungnya yang gemar bertanya, kata Mohd Hardy, beliau mencari jawapan dengan merujuk rakan-rakan dalam bidang seni bina dan Internet untuk membantu anaknya.

“Soalan anak-anak mesti dijawab. Walaupun tak ada jawapan, mesti kena cari.

“Sekurang-kurangnya dia ada jawapan yang logik. Memori anak-anak masih segar. Dapat, terus simpan. Bila dah besar, sayang masa tu dah berlalu. Tak ada input yang otak perlukan,” katanya.

Kongsi Mohd Hardy lagi, mereka membelikan buku-buku berkaitan kejuruteraan buat anaknya.

“Saya tak adalah pandai sangat. Saya dan isteri anak orang su sah. Semuanya kami sur vive sendiri. InsyaAllah ada jalannya.

“Saya belikan buku-buku yang agak advance berbanding umurnya (Airiel),” kongsi beliau.

Tebal muka sapa jurutera, arkitek

Selain itu, Mohd Hardy turut berkongsi kisah di mana beliau ‘menebalkan muka’ untuk menyapa dua orang jurutera dan arkitek yang sedang berbincang mengenai projek mereka di sebuah kedai makan semata-mata kerana minat ditunjukkan Airiel terhadap perbincangan itu.

“Ada sekali tu, anak saya ni baru balik sekolah. Kami singgah makan di satu restoran. Di belakang meja kami ada seorang arkitek dan jurutera buka plan atas meja.. tengah bincang kot.

“Si Airiel ni dah tak senang duduk. Mata banyak fokus kat sana.

“Saya faham sangat-sangat dah.. Saya buat tebal muka, bangun basuh tangan, terus jelaskan minta izin untuk Airiel duduk tepi dengar apa yang dibincangkan.”


Jelas beliau, kedua-dua mereka bersikap terbuka dan mengajak Airiel menyertai perbincangan tersebut. Malah, mereka turut memberikan nombor telefon kepada Airiel untuk sebarang pertanyaan.

Melihat kepada sokongan dan dorongan ibu bapanya, maka tidak hairanlah adik Airiel boleh mengembangkan minatnya sehingga di mana beliau berada sekarang.

Terbaru, adik Airiel kini bakal menyertai pertandingan Science, Technology, Engineering & Mathematic di mana beliau dan pasukan akan mewakili sekolahnya, SK Taman Uda membentangkan pelan dan model seni bina.

Berikut adalah gambar-gambar proses pembuatan pelan dan model rumah dikongsikan bapanya kepada kami.

Semoga berjaya adik Airiel!

Sumber: Mohd Hardy

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!