Tuang Sikit Minyak Masak Terpakai, Petua Supaya Pokok Buah Yang Ditanam Berbuah Lebat
Hanya menggunakan minyak masak terpakai, katanya cara ini dikongsi oleh anaknya selepas membaca satu artikel luar negara. Hasilnya, pokok mangga di rumahnya berbuah cukup lebat sampai patah dahan kerana tak dapat menampung mangga yang banyak.
Pokok mangga antara yang selalu ditanam di rumah. Agar pokok buah ini berbuah lebat, cara yang dipraktikkan wanita ini boleh diguna pakai. Memang menjadi.
Guna minyak masak terpakai, tip pokok mangga berbuah lebat merimbun
Mangga tepi rumah, lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tampung sampai patah satu dahannya. Buah pula belum cukup masak, jadi bahagikan pada jiran selain buat kerabu.
Bagi yang nak mencuba, perkongsian beliau boleh dijadikan panduan.
Dia terbaca satu artikel dari luar negara mereka akan gali lubang sekitar pokok buah dan tuangkan minyak masak terpakai dan hasilnya memang baik.
Ramai yang tanya baja apa saya gunakan. Sebenarnya tiada baja spesifik, cuma anak saya beri satu tip menggunakan minyak masak terpakai.
Tuang satu senduk makan, jangan banyak
Jadi saya cuba dan tuang minyak masak terpakai bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam. Tuang sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Alhamdulillah buah kali ini sangat lebat di kebanyakan tangkai dan rasanya manis.
Info
- Buat sebulan 3 atau 4 kali, bukan tiap tiap hari. Tuang minyak jauh dari batang bukan curah pada pangkal pokok.
- Penggunaan minyak masak terpakai hanya sedikit, satu senduk masak saja.
- Boleh juga cuba pada pokok buah-buahan selain mangga.
- Petua ini hanya dipraktikkan untuk pokok yang ditanam atas tanah bukan dalam pasu.
- Tip jika buah mangga berulat, boleh tabur garam kasar keliling pokok 2-3 kaki dari batang pokok.
Selamat mencuba!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: VK / Mimbar Raudhah
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media