Serangan demi serangan yang dilakukan Rejim Zionis ke atas beberapa kawasan di Palestin pada penghujung Ramadan ini sememangnya memberi satu tamparan hebat buat seluruh umat Islam di dunia.
Dapat dilihat pelbagai pihak terutamanya public figure menyuarakan sokongan ke atas Palestin dengan beredarnya poster-poster mengutuk tentera Israel di media sosial.
Khabib zahir sokongan
Salah seorang individu berpengaruh di dunia, Khabib Nurmagomedov iaitu atlet UFC dari Rusia turut sama bersolidariti dengan menyuarakan sokongan terhadap saudara-saudara Islam di bumi Gaza.
View this post on Instagram
Kata2 deep untuk semua!
Dalam poster yang dimuat naik Khabib, kata-kata yang tertulis sangat bermakna apabila menyatakan bahawa kita tidak perlu untuk menjadi seorang Muslim bagi menyokong Gaza, tetapi cukuplah sekadar menjadi seorang manusia.
Petik ayat suci Al-Quran
Atlet UFC itu juga turut berkongsi cuplikan video keadaan di Masjid Al-Aqsa dengan memetik ayat suci al-Quran menerusi surah al-Buruj.
وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji (85:8)
View this post on Instagram
Laungan sokongan itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada para pengikutnya yang rata-rata turut sama berdiri bersamanya dalam menyokong Palestin.
Mereka juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan-serangan yang dilakukan oleh Rejim Zionis sehingga mengakibatkan kematian penduduk Palestin di penghujung Ramadan ini.
Semoga tentera-tentera haram itu mendapat balasan setimpalnya dan gerun dengan kebangkitan pejuang-pejuang Islam Palestin.
Sumber: Khabib Nurmagomedov