Tiada h4ti p3rut, 4nak tuntut RM6,000 selepas ibu m3ninggal dunia

Disangka sedih apabila ibu meninggal dunia didakwa akibat wabak Covid-19, namun seorang anak ini tergamak menuntut wang sebanyak RM6,000 daripada akaun bank milik arwah ibunya.

Kisah tersebut dikongsi seorang pengguna Twitter, @hypePeep yang mendakwa kejadian itu berlaku di dalam sebuah wad selepas wanita berusia 96 tahun itu menghembuskan nafas terakhir.

Si ibu tenat lawan Covid-19

“Disebabkan umur yang sudah tua, kita atur je la anak dia yang positive Covid-19 jugak untuk tolong jaga dan berkhidmat kepada maknya di wad sehingga akhir hayat dia.

“Setelah dua hari si mak pakai bantuan oksigen paling tinggi, akhirnya pagi ni si mak dijemput Ilahi. Aku macam sedih nak beritahu kematian depan anak dia,” tulisnya.

Gambar sekadar hiasan

Namun, tanggapan @hypePeep di luar jangkaan apabila si anak tidak menangis sebaliknya sibuk membuat beberapa panggilan bagi melakukan proses tuntutan wang tersebut.

Sampai hati kau nak…

“Wei, mak dah mati ni. Sebab aku yang jaga mak kat wad, duit mak RM,000 kena transfer aku. Aku sempat ambil no pin mak,” cerita @hypePeep.

Posting berkenaan diulang kicau lebih 5,000 kali dan mendapat hampir 7,000 tanda suka selain terdapat persoalan warganet adakah kisah itu sekadar rekaan semata-mata kononnya oleh golongan anti-vaksin.

Tidak berdiam diri, @hypePeep menegaskan dia sudah mengambil dua dos suntikan vaksin Covid-19 selain mendakwa terdapat pelbagai lagi kerenah manusia di dalam wad yang tidak perlu didedahkan.

Sibuk tau! Ingat sempat ke nak buat cerita?

Kitorang jaga pesakit kat dalam tu! Macam2 cerita…

Ramai berharap agar cerita berkenaan tidak benar apabila menyifatkan si anak sangat kejam dan tidak berhati perut. Tapi kesahihannya hanya @hypePeep yang mengetahui. Moga kita dijauhkan daripada situasi seperti itu!

Sumber: Twitter @hypePeep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!