Terlelap Ketika Memandu Lori, Anak M4ut Tersepit Selepas Merempvh Lori Hadapan

Siapa sangka dalam keseronokan si anak mengikut bapanya bekerja memandu sebuah lori berakhir dengan tragedi apabila berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah lori sekaligus meragut nyawa si anak.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 82 Jalan Johor Bahru-Mersing itu telah menyebabkan kematian si anak manakala si bapa pula mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 11.35 pagi itu berlaku sebelum simpang untuk masuk ke kawasan Felcra Sungai Ara. Ia melibatkan lori jenis Hino dipandu Mohd Azrul Hafis Kamisan, 39, dan seorang penumpang iaitu anaknya, Nur Alif, 15, dengan lori jenis Foton dipandu Mohd Haris Rapmay, 49.

TERLELAP DAN TERLANGGAR LORI DI TEPI JALAN

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kemalangan itu, lori Hino dalam perjalanan dari Jalan Johor Bahru menghala ke Mersing, manakala lori Foton pula sedang diletakkan di bahu jalan kiri hala yang sama.

“Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu Hino telah hilang tumpuan akibat terlelap semasa memandu, lalu hilang kawalan dan melanggar lori Foton yang sedang parkir di bahu jalan kiri hala yang sama.

“Pemandu Foton yang berada di Surau Felcra Berhad di seberang jalan tersebut hendak menunaikan solat dhuha terkejut mendengar bunyi kemalangan lalu terus cuba membantu mangsa kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

 

Tambahnya lagi, akibat daripada kemalangan itu, mangsa tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kematian dipercayai akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan, manakala bapanya cedera di bahagian kepala.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

ANAK YANG BAIK MENINGGAL SEBELUM RAYA

Menurut ibunya, Puan Suhana, mangsa merupakan seorang anak yang sangat baik dan mudah tersenyum. Dia juga amat rapat dengan semua orang.

Kehilangan ini pastinya memberikan kesan yang sangat kuat terhadap kehidupan ahli keluarga yang ditinggalkan. Semoga keluarganya tabah menerima ujian ini.

REHAT ANDAI MENGANTUK

Begitulah pesanan yang diberikan oleh warganet kepada semua supaya memastikan diri berada dalam kondisi yang terbaik sebelum memandu. Bukan apa, kelekaan walau sesaat sahaja boleh membawa padah.

Ada juga yang meminta supaya kejadian ini dijadikan pengajaran buat semua untuk membawa hanya kelindan yang sah sahaja untuk mengikuti setiap perjalanan. Jangan dibawa anak atau ahli keluarga yang lain.

Tidak kurang mereka yang merupakan keluarga terdekat mangsa turut meninggalkan komen dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa selain turut berkongsi info tambahan mengenai keadaan bapa mangsa.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga mangsa dapat menerima ujian ini dengan penuh kekuatan dan ketabahan.

SUMBER : SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!