Terharu Melihat Ayah Bawakan Hadiah Istimewa – Ya Allah, Sebak Je Teng0k Adik Tu Nangis

Tidak diragukan lagi, cinta hati setiap anak perempuan adalah ayahnya. Tiada yang lain boleh menggantikan sosok ayah buat anak perempuannya. Ayah adalah merupakan individu yang sanggup berkorban apa sahaja, tidak kiralah tenaga, masa atau duit demi kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun, adakalanya mereka tidak menunjukkan sama sekali sisi sayang dan kasih kerana ketegasannya, namun hakikatnya merekalah insan yang paling prihatin sekali terhadap anak-anaknya, sama seperti ibu. 

Nangis Terharu, Ayah Bawakan Hadiah Istimewa

ayah

Dalam satu video yang tular, ia memaparkan kasih sayang seorang bapa yang tiada tandingnya kepada anak perempuannya. Beliau membawakan hadiah buat anaknya sehingga gadis kecil tersebut menangis kerana begitu terharu. 

“Anak perempuan nangis saat ayah belikan basikal buat hadiah birthday, sekali dengan ayah dia merah mata. “ – tulis caption video yang dimuat naik semula tersebut. 

Situasi itu berlaku dalam sebuah majlis sambutan harijadi bagi meraikan hari kelahiran anak gadisnya itu. Beliau secara tiba-tiba masuk ke dalam majlis tersebut sambil membawa hadiah untuk anak gadinys iaitu, sebuah basikal berwarna merah jambu. Mungkin itulah, hadiah yang diminta-minta oleh anaknya itu. 

Sebaik sahaja menghampiri anaknya yang sedang berpakaian merah jambu lengkap dengan topi harijadi, anak gadisnya itu tiba-tiba menangis kuat. Dia kelihatan sangat terharu melihat ayahnya membawakan hadiah istimewa untuknya. Ibu dan bapanyanya memeluk dan memujuknya untuk menenangkannya. 

ayah

BACA JUGA: Alahai, Seperti Merasai Kesedihan Tuannya, Tindakan Kuda Ini Menyebakkan Hati – Haiwan Pun Ada Rasa Simp4ti

Netizen Terharu, Teringat Kisah Bersama Ayah 

“Semoga kita bapa-bapa ni dicukupkan rezeki untuk menggembirakan hati keluarga. Kita tak apa…..ada lebih, ada la untuk kita ya. Kalau tak ada, nanti-nantilah.”

“Suami sy dulu tentera dan kami pjj. Sekali tu suami bank in duit lebih suruh belikan basikal utk anak. Sy surprisekan anak belikan dia basikal. Ptg tu jgk dia pusing taman pastu video call dgn abah dia sambil nanges berkali ucap trm ksh..dgn mak nya sekali tahan nanges.”

“Cmni la perasaan dulu masa kecik bila tiap kali bapa tunaikn permintaan sy,sebak terharu..bila sy dah besar ayah dah tua diuji dgn sakit strok mmg sy nekad berhenti kerja jaga ayah…pengorbanan ibu ayah takkan mampu kita balas🥹Semoga Allah masukkan ibu bapa kita ke syurga tanpa hisab,Aamiin….”.

“Arwah bapa pernah janji kalau saya dapat no 1 dlm kelas..dia akan belikan basikal. Mmg saya selalu dapat no 1. Tp masa darjah 5 baru saya dapat hadiah tu. Ayah belikan basikal, warna purple. Cantik sangat. Basikal tu saya guna utk pi dan balik sekolah..sbb jarak rumah saya dan sekolah dekat ja.”

“Rindunya moment tu. Bapa pun dah lama meninggal, 17 tahun dah. Saya pun dah kahwin, dan ada dua org anak. Mmg saya dan suami belikan anak2 hadiah, hadiah yg biasa..tak mahal mana. Puas tgok anak2 seronok dgn hadiah tu.”

“Aku kecik dulu bapa beli selipar jepun pun aku melompat seronok nak mampus…beli apa pon seronok asalkan baru,walaupun masa tu hidup susah sangat kami lima beradik”

SUMBER: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!