Tegap, Tegas orangnya abg Guard ni. Tgh berkawal sekali kena kejut dengan Bulus. Ini yang terjadi selepas itu.

Tegap, Tegas orangnya abg Guard ni. Tgh berkawal sekali kena kejut dengan Bulus. Ini yang terjadi selepas itu.

Bukan sahaja nampak comel malah aksi mereka yang saling mengejar satu sama lain turut membuatkan netizen terhibur melihatnya. Video itu juga tular dikongsikan di media sosial apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Siapa sahaja yang dapat menahan diri melihat kecomelan kucing kan? Mungkin itu lah yang dirasai oleh seorang pengawal keselamatan ini apabila dia dirakamkan sempat bermain dengan seekor anak kucing semasa bertugas. Gelagat mereka ini turut sama menarik perhatian netizen di mana ramai yang turut ‘cair’ melihat mereka bermain bersama.

Pengawal keselamatan itu kemudian mula melayannya bermain dengan mengejar anak kucing itu yang menyorokkan dirinya. Anak kucing itu juga dilihat beberapa kali menyorokkan dirinya daripada dikejar lelaki itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pengawal keselamatan itu dilihat sedang bertugas di luar bangunan itu sambil ditemani oleh seekor kucing. Namun tidak lama kemudian, anak kucing itu mula mengajaknya bermain bersama di sebalik podium kayu itu.

VIDEO:

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat pengawal keselamatan itu melayan anak kucing tersebut. Malah ada yang berseloroh mungkin itu adalah taktik kucing itu untuk menganggu lelaki itu bertugas.

Lebih mencuit hati, pengawal keselamatan itu kemudian kembali bertugas apabila ada beberapa orang yang lalu di hadapan mereka itu. Namun dia kembali melayan anak kucing itu sebaik sahaja individu itu beredar daripada kawasan tersebut.

Sumber: imuslimnetwork

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!