[VIDEO] Usaha Keras Si rider, Tak Sanggup Melihat ‘Blender’ Ibunya R0sak – Diam-diam Dia Gantikan Yang Baru

Mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi bukanlah sesuatu yang mudah. Namun apakan daya, tiada pilihan lain selain terus berjuang. 

Begitulah yang dialami oleh seorang ibu yang berniaga jus buah ini. Pagi-pagi lagi, blender iaitu alat pengisar yang beliau sering gunakan untuk berniaga jus buah rosak. Sedangkan Itulah cara beliau untuk mencari rezeki. 

Blender Ibunya Rosak Untuk Jualan, Rider Ini Usahakan Beli Yang Baru

Melihat situasi tersebut,anak beliau yang juga merupakan penghantar makanan (rider), tidak sanggup membiarkan ibunya menggunakan blender yang rosak itu untuk berniaga lagi. Sehubungan dengan itu, anak beliau berusaha keras untuk mengumpulkan duit dan sanggup berjimat makan bagi menggantikan blender ibunya yang telah rosak.

blender

Beliau merakamkan perjalanan beliau mencari  wang untuk membelikan ibunya blender di akaun tiktok beliau. Video tersebut tular dan berjaya mendapat lebih 680k tanda suka serta dimuat naik semula di beberapa platform lain. 

blender

Apabila berjaya mengumpulkan wang untuk membelikan ibunya blender, dia pun pergi ke kedai peralatan elektrik dan memilih blender yang paling terbaik untuk ibunya tercinta. Sampai sahaja dirumah, dia meletakkan blender tersebut di hadapan pintu bersama sepucuk surat dan diam-diam merakam reaksi ibunya daripada jauh.

blender

 

blender

Ramai netizen yang sebak melihat tindakan rider tersebut demi membahagiakan ibunya. Tiada anak yang sanggup melihatnya ibunya susah dan begitu juga sebaliknya. Perjuangan kedua beranak ini mencari rezeki boleh dijadikan inspirasi.

https://www.tiktok.com/@ikkyalp/video/7143475801936137499?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7143475801936137499&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fkitareporters.com%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fkitareporters.com%2Fbackend%2Frevision%2Fedit%2F174391&referer_video_id=7143475801936137499

Baca juga: Alahai Comel Sungguh Gelagat Dua Orang Anak Istimewa Ni! – “Bila dua2 si gendut berjumpa kembar auto jadi kawan”

Komen Warganet

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial turut merasa sebak serta mendoakan kedua-dua mereka dimurahkan rezeki.

“Segala niat baik pasti akan dipermudah, sehat selalu buat ibu dan abangnya”

“Aku tak cemburu dgn orang couple tapi aku cemburu orang boleh bahagiakan mak dia”

“Semoga urusan abang sekeluarga dipermudahkan. 🙂”

“Bangga banget mamanya, terima kasih kak udah mengutamakan orang tua di hidup kk”

blender

Sumber: TIKTOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!