Subhanallah,Sungguh Mulia Hati Insan Bernama ‘Uncle Kentang’ Ini. Patutlah Ramai Yang Sayang,Gembira Ada ‘anak’ Walau Bukan Drah Daging Yang Sama

Subhanallah,Sungguh Mulia Hati Insan Bernama ‘Uncle Kentang’ Ini. Patutlah Ramai Yang Sayang,Gembira Ada ‘anak’ Walau Bukan Drah Daging Yang Sama

Sentiasa melibatkan diri dalam lapangan kebajikan sejak bertahun lamanya, sebut sahaja nama Uncle Kentang pasti ramai yang mengenali lelaki yang berhati emas ini.

Niat murninya bukanlah hanya sekadar menyalurkan bantuan semata-mata, sebaliknya dia turut menjalin ikatan silaturrahim dengan golongan yang dibantu.

Hari ini sempena sambutan Hari Bapa, Uncle Kentang berkongsi kisah anak-anak angkatnya yang sudah dianggap seperti anak sendiri menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook.

Walaupun bukan darah daging sendiri dan langsung tiada pertalian persaudaraan, namun ramai anak daripada keluarga yang dibantunya menggelar dirinya sebagai ‘ayah’ mereka.

Kisah Azizah, seorang kanak2 OKU ceria

Salah seorang anak angkatnya bernama Azizah. Dia bergelar seorang OKU kerana tidak boleh bercakap, mendengar dan tidak memiliki tangan tau kaki yang sempurna.

Namun, kanak-kanak itu sentiasa ceria lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan ‘ayahnya’ itu.

“Azizah, tak boleh cakap, pekak dan tiada tangan atau kaki sempurna. Tetapi dia tetap mempunyai senyuman yang boleh membawa kegembiraan kepada kepenatan saya. Setiap kali Azizah jumpa saya, dia akan dakap saya rapat rapat.
“Kita telah ubah hidup Azizah. Kita bantu. Zakat Bantu. JKM bantu. Kerana kita tahu Azizah adalah anak kita bukan anak orang lain. Azizah senyuman beliau membawa erti bermakna dalam hidup kita,” tulisnya berkongsi cerita.

Menurut pemilik nama Kuan Chee Heng itu, dia menegaskan bahawa Azizah merupakan satu peringatan agar orang ramai sedar akan tanggungjawab bersama dalam membantu orang yang susah dan memerlukan.

Kisah kanak2 bernama Manja, anggap Uncle Kentang ‘ayah’ sendiri

Selain itu, dia turut berkongsi kisah anak angkatnya yang bernama Manja yang sudah dibantu serta diberi perhatian sejak kanak-kanak itu berumur 4 tahun lagi.

Tambahnya lagi, Manja berasal dari sebuah keluarga yang susah dan hanya bergantung kepada pendapatan bapa yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi.

Namun kehidupan mereka sekaligus berubah setelah ketua keluarga mereka itu meninggal dunia dipercayai disamun.

“Selama ini kita melihat Manja membesar. Sehingga 1 hari tiba-tiba dia memohon kepada saya untuk memanggil saya ayah. Terkejut saya dan terus menjawab boleh kerana saya tahu Manja menganggap saya ayah.
“Kerana bila demam, dia akan rindu pada saya… bila nak jadi kadet polis, dia meminta kebenaran saya. Bila free, dia akan call untuk mendengar suara ayah. Manja, ayah akan menjagamu dan melindungi seperti anak sendiri,” tulisnya lagi.

Bukan Azizah dan Manja sahaja, malah aktivis itu turut menyatakan anak-anak kecil daripada golongan kurang berkemampuan secara automatik menjadi anak angkatnya.

Subhanallah, sungguh mulia hati insan bernama ‘Uncle Kentang’ ini. Patutlah ramai yang sayang.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa untuk like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:ohmymedia.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*