Setelah setahun bergelar isteri, Elizabeth Tan adakan majlis perkahwinan

Pelakon berimej se ksi, Elizabeth Tan bukan lagila asing dalam industri seni Tanah Air. Memulakan kerjayanya dengan menjadi penyanyi, kini Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy dilihat lebih selesa berlakon di layar kaca.

Dia juga tidak berkira berkongsi momen harian di media sosial dan kadangkala kelakuan cerianya membuatkan para lelaki tak keruan.

Menjadi isteri pada Mac tahun lalu

Namun, sekitar Mac 2021, Lizzy telah mengejutkan natizen apabila foto berbaju pengantin bersama seorang lelaki di dalam gereja tular di media sosial

Selebriti tersebut akhirnya mengakui bahawa sudah berkahwin secara tertutup dengan seorang ahli perniagaan.

Akhirnya selepas 365 hari!

Selepas hampir setahun bergelar isteri, semalam penyanyi lagu knock knock ini telahpun mengadakan majlis perkahwinannya yang dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat handai.

Lizzy juga sempat meluahkan rasa bersyukur majlis makan malam sempena perkahwinannya akhirnya berjaya dilangsungkan walaupun setelah setahun brkhawin.

Dia juga sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis yang cukup istimewa buatnya dan suami.

Susulan daripada itu, Lizzy dan pasanganya sekali lagi menerima ucapan tahniah sempena perkahwinan mereka dan mendoakan agar mereka terus berbahagia sehingga akhir hayat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Sumber : instagram Elizabeth Tan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!