Sambung legasi mak ayah, pemuda ini rela bangun seawal 2 pagi demi rezeki halal… tiap hari p0tong 600 ekor ayam tapi tak pernah terfikir nak cari kerja lain

Sambung legasi mak ayah, pemuda ini rela bangun seawal 2 pagi demi rezeki halal… tiap hari p0tong 600 ekor ayam tapi tak pernah terfikir nak cari kerja lain

Ada yang memilih untuk merantau jauh ke kota, namun ada juga yang selesa berada di sisi keluarga.

Setiap insan melalui perjalanan yang berbeza-beza dalam kehidupan mereka.

Begitu juga kisahnya mengenai pemuda ini yang berhasat menyambung legasi perniagaan ayam segar yang sudah 21 tahun diusahakan oleh ibu bapanya.

Alif mula berniaga selepas tamat sekolah menengah.

“Selepas habis sekolah, saya terus berniaga ayam. Tak ada kerja lain dah. Pertamanya, saya memang minat berniaga. Selain itu, saya juga nak tolong mak ayah.

Menurut Wan Mohd Alif Wan Mohd Fadzli, 24, dia mula terlibat dalam perniagaan itu sejurus tamat persekolahan dan tidak pernah terfikir untuk mencari pekerjaan lain.

“Biasanya setiap hari pvkul2 pagi kami dah bangun tidur. pvkul3.30 pagi kami dah mula berniaga sebab pemborong datang awal.

“Jadi saya kerja dengan mereka. Dah 21 tahun mak ayah berniaga ayam. Kiranya saya nak sambung apa yang dah mereka usahakan. Kini mak dah tak berniaga, tinggal saya, ayah dan adik saja.

“Selain pelanggan biasa, ayam kami juga dijual kepada peniaga kedai makan dan pengusaha kantin sekolah,” ujarnya yang beroperasi di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang.

Mesra disapa Alif, dia akui percaya akan konsep rezeki dan tidak pernah mengelvh akan per1t-get1r yang terp4ksa dilalui sebagai peniaga.

“Saya tak memilih kerja. Walaupun kerja saya ni tiada jaminan di hari tua seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), tapi duit hari-hari tu ada.

Malah kata anak ketiga daripada enam beradik itu, dapat berada dekat di sisi keluarga juga dianggap sebagai satu rezeki yang sentiasa disyukurinya.

“Saya percaya dengan rezeki, Allah dah tentukan macam ni. Alhamdulillah, dapat duduk dekat mak ayah pun satu rezeki juga. Kalau bukan saya, siapa lagi nak bantu keluarga?

Alhamdulillah, sales pun dah cantik, dah elok. Sebelum ni tervk sikit masa p4ndem1k C0vldl9 melanda.

“Walaupun dari dulu bergelumang dengan ayam, saya tak pernah jemu. Saya memang suka makan ayam. Pergi ke mana-mana pun, mesti order lauk ayam. Paling suka tentunya lauk ayam masak merah,” ujarnya berseloroh.

“Kerja ni tak sus4h pun. Cuma kena yakin dan ada semangat. Biasanya setiap hari, kami akan potong sehingga 600 ekor ayam.

Menurut Alif lagi, dia juga tidak menyangka perkongsian video berkaitan kerjanya di aplikasi TikTok akan meraih perhatian ramai.

Lebih mengejutkan kata Alif, salah satu video miliknya menerima lebih enam juta tontonan, sekaligus memberi impak positif terhadap perniagaan keluarganya itu.


Keluarga Alif berniaga di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Tak sangka sampai enam juta tontonan video yang saya hasilkan. Bila ramai yang bagi sokongan, kita pun makin seronok. Ada juga yang datang ke kedai, mereka kata kenal dari TikTok. Saya bersyukur dapat pelanggan baharu dari TikTok..

“Saya baru main TikTok sekitar enam bulan lepas. Biasanya selepas balik kerja tengah hari, saya tak ada apa-apa nak dibuat. Jadi saya cuba main TikTok, kongsi video-video berkaitan kerja.

Selain video cara memotong ayam, Alif turut berkongsi video cara membersihkan ayam, cara memilih ayam segar, kaedah mencabut bulu ayam dan banyak lagi.

“Terima kasih sudi beri sokongan kepada saya. Alhamdulillah, sales pun dah cantik, dah elok. Sebelum ni tervk sikit masa p4ndem1k C0vldl9 melanda,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, Alif memiliki hampir 60,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Sumber: Mstar / sinarviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!