Rutin 12 Tahun Lawat Isteri Di Wad Hospital, Namun Tak Pernah Merungut – Kesetiaan Si Suami Buat Ramai K4gum

Kehidupan berumah tangga tidak menjanjikan semuanya indah. Setiap pasangan pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran dan ujian. Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini. 

Tatkala si isteri di uji dengan masalah kesihatan dan terpaksa berulang-alik ke hospital,  suami tetap setia menemani dan memberi sokongan kepada isterinya. Noorizam Abu Samah dan Adib Hafaz Abu Hassan, adalah merupakan pasangan suami isteri yang telah berkahwin lebih kurang selama 12 tahun, namun masih belum dikurniakan zuriat. 

BACA JUGA: “A Day In My Life” – Kisah Hidup Seekor Anak Kucing Jalanan Selepas Diselamatk4n

Ulang-alik Hospital Selama 12 Tahun

hospital

Menurut artikel yang dilaporkan oleh mStar, pasangan ini telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat termasuklah rawatan secara moden di hospital dan juga tradisional seperti berurut. Beliau juga mengakui mengamalkan diet kerana mengalami masalah obesiti yang menyebabkan kesukaran mendapat anak. 

Disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan yang dialaminya, beliau sering di masukkan ke wad hospital untuk rawatan. 

“Masalah kesihatan bermula kerana saya obesiti dan pada masa sama ingin memiliki zuriat sendiri. Pertama kali saya dimasukkan ke hospital adalah pada tahun pertama perkahwinan dan sehingga memasuki tahun kedua.Masa tu saya alami kencing ada protein, gara-gara makan ubat kurus selama enam bulan. Tapi tu sebelum berkahwin dan kesannya saya alami selepas berkahwin.”

Tidak menunggu lama, pasangan suami isteri ini meneruskan usaha untuk mendapatkan zuriat sehinggalah mendapatkan nasihat dan rawatan ginekologi daripada pakar sehingga kini.

“Semasa pemeriksaan kesihatan baru-baru ini, saya dimaklumkan mengalami OSA atau gangguan tidur yang serius dan fatty liver stage two.

“Sebelum ni saya dimasukkan ke Hospital Kajang sahaja, tapi kali ni di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” ujarnya.

Disebalik semua masalah kesihatan yang dialaminya, beliau sangat bersyukur mempunyai suami yang sentiasa setia dan menyayanginya. Lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa berulang-alik ke hospital sentiasa dalam tempoh 12 tahun ini. 

hospital

“Dulu dekat dengan rumah sebab saya dimasukkan ke wad Hospital Kajang… tapi sekarang di HCTM. Jauh untuk dia ulang alik melawat saya. Dia juga tidak pernah ketinggalan untuk melawat saya di hospital setiap hari walaupun terpaksa meredah hujan dan panas mahupun ketika letih bekerja.”

“Caranya tidak pernah berubah sejak 12 tahun lalu seolah-olah menjadi rutin harian apabila saya masuk wad. Kadang-kadang saya rasa kasihan sebab dia perlu datang jauh, dah la kerja pun penat,” ujarnya sayu.

Beliau cukup berterima kasih dengan kasih sayang dan segala pengorbanan yang di curahkan demi dirinya. Semoga Allah membalas segalanya. 

Sumber: https://www.instagram.com/reel/CiwShhLp0w7/?utm_source=ig_web_copy_link

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!