Resipi Daging Goreng Ketumbar Hanya 5 Bahan

Resipi Daging Goreng Ketumbar Hanya 5 Bahan

Kadang-kadang menu yang paling simple itulah yang paling membuka selera. Daging goreng ketumbar digandingkan dengan telur mata kicap memang cukup untuk menambat hati seisi keluarga. Jom cuba resipi di bawah 😊


Bahan-bahan

  • 1 kg daging batang pinang, dihiris nipis-nipis

  • 1–2 biji bawang besar, dihiris bulat

  • 2 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk separuh hancur)

  • Garam, serbuk kunyit dan aji secukupnya


Cara-cara Penyediaan

Mula-mula, satukan semua bahan di dalam bekas kecuali bawang besar. Gaulkan daging bersama garam, serbuk kunyit, aji dan biji ketumbar sehingga rata dan sebati.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng daging sehingga masak. Setelah daging hampir siap, taburkan bawang besar yang telah dihiris dan kacau sebentar sehingga bawang menjadi layu. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Tip Penting (Jika Guna Daging Bahagian Lambat Empuk)

Sekiranya menggunakan bahagian daging yang lambat masak atau liat, boleh gunakan teknik seperti “daging goreng Kelantan”. Caranya, selepas daging digaulkan bersama garam dan kunyit, masukkan terus ke dalam kuali dan gantikan minyak dengan air.

Masak daging dengan api perlahan dan reneh sehingga hampir lembut atau empuk, serta sehingga airnya kering. Jika air sudah kering tetapi daging masih liat, tambahkan lagi air dan teruskan proses mereneh sehingga daging benar-benar lembut.

Apabila daging sudah empuk dan air telah kering sepenuhnya, barulah masukkan minyak dan goreng seperti biasa sehingga siap.

Selamat mencuba 🌷

Sumber : Resepi Bonda

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*