Resepi Nasi Beriyani Seperti Rumah Kenduri

Resepi Nasi Beriyani Seperti Rumah Kenduri

Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap-sedap dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.

Resepi Nasi Beriyani

Bahan-Bahan:

1kg beras basmathi (basuh toskan)
Sedikit daging dan tulang untuk amek stok je (daging tu nanti buat kari pulak)
2-3 labu Bawang besar*
6 ulas bwg putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih untuk tumisan
1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni)
1 senduk minyak sapi + sedikit minyak masak
Suku tin kecil tomato puri
1/2 tin tomato sup
3 sdb oren sunquick
Sedikit jagung segar dan kismis
Sedikit gula batu dan garam secukup rasa
Secawan susu cair
Air secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan bahan tumisan dan bawang-bawang yang hiris. Dah garing masukkan tulang dan daging.

2. Kacau sekejap baru masukkan air biar sampai mendidih untuk ambil stok daging. Pastu angkat daging dan tulang tu ketepikan.

3. Masukkan bahan blend, renih sekejap dan masukkan rempah briani. Biar memekat. Masukkan tomato puri, tomato sup, gula batu, dan oren Sunquit.

4. Nampak dah masak cantik masukkan air. Bila dah menggelegak, masukkan beras dan susu cair. Masukkan jagung dan kismis. Tengok kalau air kurang tambahkan sedikit air.

5. Nak masukkan dalam rice cooker pun boleh, lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan-bahan tu, sahabat-sahabat boleh la agak-agak ye. Sebab biasa ayah saya masak untuk banyak.

Resepi Gulai Daging/Kari Daging:

Bahan-Bahan:

1kg daging + tulang basuh bersih toskan

Bahan Tumis –

Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari

Bahan Blend –

2 biji bwg besar
6-7 ulas bwg putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nak letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dengan sedikit air, Jadikan paste.

Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna – Ikut la ajinamoto ke hilal ke secukup rasa ke. Biasa ayah saya guna hilal.
Sedikit gula dalam 1 sdu kecil
1 senduk kerisik

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Minyak tak payah banyak sebab nanti daging akan keluarkan minyak. Tumiskan bahan tumis. Masukkan serbuk kari. Biar pecah minyak masukkan bahan blend.

2. Reneh lagi sampai masak. Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut. Masukkan air. Masak sampai daging empok.

3. Bila dah empuk daging, masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan jer sampai semua masak elok dan kuah memekat. Perisakan dengan garam gula dan perisa.  Makanan siap dan sedia untuk dihidang.

Sumber :Resepi Bonda

 

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*