RESEPI AYAM SAMBAL

RESEPI AYAM SAMBAL

BAHAN -BAHAN:

1 ekor ayam – potong kecil
6 sudu besar cili kering kisar
10biji bawang merah kisar
5 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
1 inci lengkuas kisar
5 batang serai (3 ambil bahagian yang putih sahaja dikisar, 2 lagi diketuk)
sos cili kumball secukupnya
serbuk kunyit
garam
gula kabung

CARA-CARA:

1. Gaul ayam yang dipotong dengan serbuk kunyit dan garam hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Guna minyak lebihan goreng ayam tadi ,tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan serai yang diketuk, kacau rata.
3. Tambahkan sedikit air, garam, dan gula kabung secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos cili dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sebati.
6. Masak dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis naik mintak bolehlah tutup api.
7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba !!

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*