Pandai Betul Pilih Makanan Yang Sedap – Bijakny4 Kucing Ni!

Telatah kucing seringkali buat penggemarnya tidak kering gusi melihatnya. Tidak kurang juga kagum dengan kebijaksanaan mereka yang adakalanya tidak terjangkau di fikiran manusia. Ada sahaja perilaku mereka yang membuatkan peminatnya bertambah sayang. Ini menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan kesayangan ramai orang. Lebih-lebih lagi, kucing juga adalah tergolong dalam kategori haiwan yang setia serta suka menghibur tuannya.  

Walaupun tidak semua kucing bertuah mendapat tuan yang baik dan menyayanginya, namun mereka tetap beruntung kerana masih ramai insan yang baik hati terhadap kucing-kucing tidak bertuan ataupun, kucing jalanan. 

BACA JUGA: Mengular Tengok Kartun Ya Wahai Si Bulus. Kenapa kepala sampai macam tuh.

Pandai Betul Pilih Makanan Yang Sedap

makanan

Dalam sebuah video ringkas yang dimuat naik di laman media sosial, Instagram, ia memaparkan satu situasi yang menggambarkan kemuliaan hati seorang individu dan juga kebijaksanaan seekor kucing. 

Individu tersebut diikuti oleh seekor kucing berwarna putih daripada depan sebuah minimarket sehinggalah membawa individu tersebut ke bahagian rak yang menjual pelbagai jenis makanan kucing di dalam minimarket itu. Apa yang mengagumkan ialah tindakan kucing tersebut memilih makanan yang digemarinya untuk dibelikan oleh individu tersebut. Bijak sungguh, tahu je dia mana yang sedap!

Akhirnya, individu tersebut pun membelikan makanan kucing tersebut dan memberi kucing itu makan di luar minimarket itu. 

makanan

SUMBER: INSTAGRAM

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!