Seorang peng3mis yang dit4han dalam operasi pihak berku4sa pada Sabtu lalu mengaku memiliki rumah, tanah dan simpanan dalam bank, bernilai hampir setengah juta ringgit malah ketika dit4ngkap mempunyai Rp695,000 (RM202) dalam poketnya hasil ‘kerja’ pada hari itu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Udhi Harsilo Nugroho yang mengetuai operasi berkata, lelaki dikenali sebagai Legiman, 52, itu dit4ngkap ketika operasi terhadap peng3mis dan geland4ngan dilakukan p0lis sivil di Simpang Lima, Pati, Jawa Tengah, lapor Tribun News.
Ketika disoal, dia mendakwa memiliki rumah bernilai Rp250 juta (RM73,000), tanah bernilai Rp275 juta (RM80,000), selain simpanan dalam bank berjumlah Rp900 juta (RM262,000). Lelaki itu ditemui dengan Rp695,000 hasil kutipan hari itu.
Jumlah keseluruhan diraihnya minggu lalu berdasarkan maklumat diberikan dan merumuskan dia menerima sehingga Rp1,043, 000 (RM291) sehari.
Pada malam tangkapan itu saja dia mendapat Rp695,000, malah itu tidak banyak kerana lazimnya dia mampu mendapat lebih banyak. Namun cuaca hujan menyebabkan tidak ramai orang keluar. Jangan disangka peng3mis tidak berwang.
Udhi berkata, ada antara peng3mis yang ditahan dalam operasi berkenaan mempunyai buku simpanan wang dan kad mesin pengeluaran wang (ATM).
Legiman dan penduduk di situ diberi peringatan bahawa mengemis dan memberi wang kepada pengemis adalah kesal4han und4ng-und4ng.
Selain Legiman, tiga peng3mis lain turut ditahan dalam operasi berkenaan malah seorang daripada mereka membawa anak perempuan meng3mis bersama, selain ada yang membawa senj4ta taj4m.
Udhi berkata, pihaknya cuma mer4mpas senj4ta taj4m manakala wang hasil kutipan dipulangkan kepada peng3mis terbabit sebelum mereka dihantar pulang dengan jaminan tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan, lapor Jawa Pos.
Sumber:tribunews