Pemuda Ini Sanggup Terjun Ke Laut Demi Selamatkan Seekor Kucing Yang H4mpir Tenggelam

Haiwan juga adalah merupakan makhluk Tuhan yang perlu dikasihi dan disayangi. Sikap ihsan terhadap binatang ini amatlah dituntut oleh semua agama. 

Pemuda Selamatkan Kucing Hampir Tenggelam

Kucing sering menjadi haiwan peliharaan ramai orang kerana ciri-cirinya yang comel dan gelagatnya yang menjadi penghibur hati. 

Video ini memaparkan seorang pemuda yang nekad untuk terjun ke dalam laut daripada sebuah jambatan bagi menyelamatkan seorang kucing. Kucing tersebut dilihat sedang tergapai-gapai dan berusaha untuk menyelamatkan diri dengan berpautan pada bahagian bawah sebuah kapal. 

Ketika sedang berenang ke arah kucing tersebut, pemuda itu membuka bajunya dan melilitnya di lengannya untuk memudahkan pergerakannya berenang serta membolehkan kucing berwarna putih dan bertompok hitam itu berpaut untuk diselamatkan. 

Sementara itu, seorang rakannya sedang menunggu untuk menyambut haiwan kesayangan ramai itu. Menurut beberapa komen yang ditinggalkan, kedua pemuda tersebut adalah merupakan anggota Tentera Di Laut Malaysia. 

Semoga Allah membalas kebaikan kedua-dua orang pemuda ini kerana menyelamatkan kucing tersebut. 

PEMUDA SELAMATKAN KUCING

BACA JUGA: Wah, Macam Nilah Tandas Masjid Sepatutnya!

Tindakan Dua Pemuda Tersebut Wajar Dipuji

Video yang tular ini telah dimuat naik semula oleh satu page Facebook dan mendapat pujian ramai netizen di atas tindakan pemuda ini yang sanggup terjun ke laut dan menggadaikan nyawa demi menyelamatkan seekor kucing.

“Alhamdulillah syukur.. terima kasih kepada abg-abg yang selamatkan kucing tu 🤲🤲🤲”

“Allahuakbar.. Sebak tgk vdeo ni.. Siapa sgka kan.. ‘Aku hnya seekor kucing je. Tp hmba yg brhti mulia sggup trjun slmtkn aku’ 😭😭”

“Alhamdulillah… Terbaik… Tak sia-sia belajar Basic latihan renang iaitu terjun dari tingkat 2, berenang, Floating, buka overall, selam overall dan sangkut overall kat tengkok pastu berenang semula ke penamat.. Sekarang dah nampak hasilnya penat lelah kat kolam renang kan… Syukur Ya Allah”

“God blessed such a kind soul for both of them,🙏🙏🙏❤️”

“Alhamdulillah..Terbaik..terima kasih abg Hero yg berhati mulia …semoga hidupmu sentiasa dlm rahmat Allah dik..👍💪”

Sumber: FACEBOOK 

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!