Pemuda Ini Beri Kucing Yang Menghampirinya Minum Ketika Hend4k Mengambil Wudhuk, Respect!

Pernah anda mendengar sebuah hadis yang bermaksud; 

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Seorang wanita pelacur diampuni oleh Allah. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan. Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut. Wanita itu diampuni kerana hal tersebut.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’i al-Khalqi, Bab Iza Waqa’a az-Zubab Fi Syarab…, hadis no: 3321].

BACA JUGA: “Tidak Apa Tak Dikenal Ramai Orang, Tapi Dikenal Oleh Ramai Kucing Jalanan” – Individu Ini Bawa Makanan Kucing Ke Mana-Mana

Pemuda Beri Kucing Minum

minum

Hadis ini jelas menunjukan betapa besarnya ganjaran memberi minum kepada haiwan yang sedang kehausan sehinggakan dosanya boleh diampunkan oleh Allah SWT. Jelaslah bahawa memberi minum kepada haiwan yang memerlukannya adalah satu tindakan yang terpuji. Begitu juga dengan memberi makanan kepada haiwan yang kelaparan. 

Dalam sebuah video yang tular dan dimuatnaik semula oleh sebuah akaun Instagram, ia memaparkan tindakan seorang pemuda yang memberi minum kepada seekor kucing yang menghampirinya. Pemuda tersebut dipercayai baru ingin mengambil wudhuk apabila kucing tersebut datang menghampirinya. Topi keselamatannya pun tak sempat buka lagi. 

minum

Ketika melihat kucing tersebut datang ke arahnya, pemuda tersebut pun menadah air di tangannya lalu duduk mencangkung untuk memberi kucing tersebut minum. Tanpa berlengah, kucing tersebut terus minum air yang ditadah oleh pemuda itu. 

Komen Warganet

Melihatkan situasi ini, ramai yang memuji kepekaan pemuda tersebut. Sekiranya anda berada dalam situasi tersebut, adakah anda mempunyai kepekaan yang sama dengan pemuda tersebut? 

“Salah satu amal yang tidak kita tau akan membawa kehidupan yg sukses”

“Wah gak kebayang balasan yang akan didapat oleh masnya nanti 🔥”

“Tangan kucingnya sudah bagi hint.. untung humannya peka 👏👏👏 my greatest respect for u brother 👏👏”

“Luar biasa. Semoga Allah SWT memberikan kesehatan dan rejeki yang banyak😇”

“Kenapa kalau lihat sebuah peristiwa seperti ini kita selalu senang terharu bahagia , ya karena ini sikap sifat penghuni syurga , kenapa syurga indah adanya kebahagiaan ya karena isinya peristiwa” seperti ini.”

minum

Sumber: INSTAGRAM

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!