Siap Pandai Menjawab, Oyen Tak Nak Turun Dari Bumbung Kereta

Terkini sebuah video telah tular di aplikasi Tik Tok apabila seekor kucing berwarna oren yang sedang melepak di atas bumbung kereta menarik perhatian ramai. Bila disuruh untuk turun, menjawab pulak tu, sampaikan tuan punya kereta memberikan “r4suah” barulah turun.

Kucing memang mempunyai satu hobi iaitu kebanyakan kucing suka duduk di atas kereta. Jadi walaupun pemilik kucing ini ada yang sayangkan kereta tetapi ada yang lagi sayangkan kucing berbanding dengan kereta mereka dan biarkan sahaja kucing melepak atas bumbung kereta.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah si oyen itu pandai menjawab setiap kali lelaki itu memintanya turun daripada bumbung keretanya itu. Seolah- olah dia memahami. Malah netizen turut terhibur melihat gayanya ini yang kelihatan seperti g4ngster kawasan sahaja.

Selepas beberapa ketika meminta untuk turun, akhirnya lelaki itu memberinya r4suah makanan, barulah si oyen itu mahu untuk turun dari kereta itu dan menikmati makanan itu. Sebelum memandu pergi sempat lagi lelaki tu mengucapkan selamat tinggal sambil si oyen menjamu selera.

Video:

 

Apabila menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang geli hati melihat kucing itu menjawab bila lelaki itu mahu dia turun dari kereta itu. Netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu menunggu ganjaran dari lelaki itu selepas dia menjaga keretanya itu.

Komen Netizen:

Sumber : Tiktok redfinger808

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Comment

error: Content is protected !!