‘Nampak sangat dia teringin’ – Perkongsian lama isteri mangsa pemandu mabuk undang sebak
SHAH ALAM – Perkongsian lama isteri kepada penunggang motosikal yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk kembali tular di media sosial sehingga mengundang sebak dalam netizen.
Hantaran yang dimuat naik pada tahun 2022 oleh Nor Nadia memaparkan momen dia menghadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 kepada suaminya, Allahyarham Amirul Hafiz Omar.
Dalam perkongsian tersebut, wanita itu meluahkan perasaan terhadap sikap suaminya yang disifatkan bertanggungjawab terhadap keluarga.
“Isteri ni dah lama perasan, setiap malam sebelum tidur mesti skrol gambar motosikal lepas tu ‘save’ (simpan). Nampak sangat dia teringin.
“Tak apa lah, hari ni isteri awak tunaikan impian awak selama ini. Anggap lah hadiah ini kerana menjaga keluarga kita dengan baik, jalankan tanggungjawab tanpa mengeluh. (Juga) sabar melayan kerenah isteri ni. Semoga ALLAH limpahkan lagi rezeki buat keluarga kita,” tulisnya pada 25 November 2022.
Perkongsian itu turut disertakan dengan video memaparkan reaksi gembira Allahyarham Amirul Hafiz ketika menerima hadiah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.
Hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah.

Leave a Reply