Datuk Seri VIda Tidak ak4n Membvat Perm0hon0n Ma4f Atas ‘Video’ Isu Kibar bendera Putih,’Nak Minta Maaf Untuk Apa?’

Datuk Seri VIda Tidak ak4n Membvat Perm0hon0n Ma4f Atas ‘Video’ Isu Kibar bendera Putih,’Nak Minta Maaf Untuk Apa?’

Kuala Lumpur: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak akan membuat permohonan maaf berhubung video dalam aplikasi TikTok di mana dia dikatakan tidak sens1tif dengan is.u kibar bendera putih.

Vida ketika dihubungi berkata, tiada keperluan untuk dia meminta maaf kerana dia tidak bermaksud untuk menghalang bantuan untuk mereka yang memerlukan.

“Saya nak minta maaf untuk apa? Netizen sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang m3nghent4m saya. Ada yang kata saya kaya tapi ri4k tak nak tolong orang dan macam-macam lagi.

“Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila memuat naik video dalam aplikasi TikTok ketika singgah di gerai milik seorang pemuda di sebuah kawasan perumahan.

Dalam video berkenaan, Vida menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kur4ng berusaha dan mal4s mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vida berkata, ada yang memaklumkan bantuan ini hanya bersifat sementara bagi menunggu PKP selesai, namun dia melihat sebaliknya.

“Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hent4m walaupun saya buat penjelasan sebenar.

“Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.

“Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?” katanya.

Katanya, perniagaan ini boleh dibuat dari rumah atau membuka gerai di depan rumah.

“Itu yang saya maksudkan. Ada juga jenis perniagaan di mana orang boleh buat ‘dropship’ tanpa modal. Tapi, nak cakap apa pun mereka dah tak peduli dan nak juga kec4m.

“Fikirkan kalau sekiranya bantuan berupa sumbangan makanan, jadi sewa rumah, bil elektrik dan air siapa nak bayar? Sampai bila nak terus begini? Saya maksudkan, mereka boleh berniaga sampai habis PKP dan selepas itu kembali bekerja seperti biasa,” katanya.

Diva mengakui banyak pihak menanti masa untuk m3nghent4m dan dia hanya menel4n semuanya.

“Sejak tahun lalu lagi saya sebenarnya dah banyak menyumbang tapi bukanlah saya hantar sendiri atau turun padang. Alhamdulillah ribuan juga saya bantu. Tapi dalam keadaan sekarang saya pun dah rasa b0san dan nak turun padang bagi bantuan pada peniaga.

“Bolehlah saya buat video sikit. Bukan niat saya nak bal4s dend4m kerana nanti netizen kata dah kena kec4m nak tunjuk baik pula,” katanya.

Vida berkata, dia mempunyai pengalaman sendiri semasa memberi bantuan kepada gol0ng4n kur4ng bern4sib sebelum ini.

“Alhamdulillah, makan dah ada tapi mereka risau pasal sewa rumah pula. Takkan kami nak kena bayarkan pula. Kalau sebulan bolehlah tolong tapi selepas itu macam mana pula. Saya dah pernah berdepan perkara itu dan itulah sebabnya saya keluarkan kenyataan yang dianggap melampau,” katanya.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share pendapat korang..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!