Nak Cuba Cari Ikan Sendiri. “Aku Dah Cakap Jangan Ikut,Kau Nak Ikut Juga”, Sekali Mata Dah Juling Lidah Dah Terjelir.

Nak Cuba Cari Ikan Sendiri. “Aku Dah Cakap Jangan Ikut,Kau Nak Ikut Juga”, Sekali Mata Dah Juling Lidah Dah Terjelir.

Kucing memang selalunya akan melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan selalu mengejutkan ramai dengan telatahnya ini. Sama seperti gelagat seekor kucing ini yang dijumpai turut menaiki sebuah bot baru-baru ini.

Padah nak ikut sangat,kan dah terjelir lidah miong-miong menahan mabvk laut.Siapa suruh naik orang tak pelawa, maka terpaksalah ikut sampai kita berpatah balik ke jeti .

Namun apa yang melucukan ialah reaksi kucing tersebut yang akhirnya kelihatan seperti menyesal kerana menaiki bot itu secara senyap. Malah reaksinya selepas berada di dalam bot itu turut membuatkan rata-rata netizen berdekah melihatnya.

Lebih mencuit hati, kucing itu hanya kekal duduk diam di situ dengan reaksi wajahnya yang sedih. Mungkin juga kucing itu berasa menyesal dengan tindakannya menaiki bot itu semasa di jeti.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video memberitahu dia tidak sedar bagaimana kucing tersebut ada menaiki bot mereka itu. Kejadian ini juga hanya disedari selepas mereka berada di tengah-tengah laut dan sudah tidak dapat berpatah balik semula.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba kucing ini. Ada juga netizen yang berseloroh pastinya kucing itu menyesal dengan apa yang berlaku dan tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan.

Sewaktu ditegur oleh lelaki itu juga, kucing itu hanya memandangnya dengan raut wajah yang sedih dan tidak bergerak dari tempatnya. Ada juga yang menganggap mungkin kucing itu berasa mabuk laut selepas menaiki bot itu.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Comment

error: Content is protected !!