Nelayan dari Thailand jadi jutawan sekelip mata selepas menemui sebiji mutiara paling mahal di dunia

Keluarga nelayan dari Thailand raih keuntungan RM1.39 juta selepas menemui sebiji mutiara berwarna jingga yang paling mahal di dunia

Seorang nelayan dari keluarga yang kurang berkemampuan di Thailand baru-baru ini menemui satu keajaiban apabila dia secara tidak sengaja mengutip cangkerang yang ‘menyembunyikan’ salah satu mutiara yang paling mahal di dunia.

Hatchai, 37 dikatakan pergi mengutip cangkerang di persisiran pantai Nakhon Si Thammarat, Thailand sebelum dia menemui satu pelampung keselamatan yang mempunyai beberapa ketul cangkerang yang melekat di atas permukaannya.

Selepas mengutip cangkerang, Hatchai yang pergi mengutip cangkerang bersama dengan adik lelakinya telah pulang ke rumah dan memberikan cangkerang berkenaan kepada bapanya untuk proses mencuci cangkerang.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja membuka salah satu daripada cangkerang berkenaan, bapa Hatchai, Bangmad Niyomdecha, 60, telah menemui sebiji mutiara Melo yang berwarna jingga yang merupakan antara objek yang jarang ditemui dan mempunyai anggaran harga kira-kira RM1.39 juta.

Selepas berita penemuan mutiara itu tersebar, beberapa orang dari negara yang sama cuba untuk membeli mutiara itu daripada keluarga berkenaan tetapi harga yang diletakkan adalah terlalu rendah buat mereka.

Tidak lama kemudian, seorang pembeli yang berminat dari China telah menghubungi keluarga Hatchai untuk membeli mutiara itu dengan harga RM1.39 juta, iaitu nilai harga yang sepatutnya untuk mutiara berkenaan. Jadi, disebabkan itu, keluarga Hatchai telah bersetuju untuk menjualnya.

Pembeli berkenaan dijangka akan terbang ke Thailand pada minggu hadapan dan akan menemui keluarga Hatchai selepas selesai menjalani kuarantin wajib selama dua minggu untuk memeriksa sendiri keaslian mutiara berkenaan.

Mutiara berwarna jingga itu dinamakan mutiara Melo kerana mutiara itu dihasilkan oleh satu spesies siput laut yang bernama Melo Melo.

Mutiara itu terbentuk ketika perengsa berada di bawah lapisan cangkerang siput yang menyebabkan siput laut itu mengeluarkan rembesan untuk mengurangkan ketidakselesaannya.

Lapisan rembesan berkenaan akhirnya akan membentuk mutiara Melo dalam masa beberapa tahun.

Mutiara Melo boleh ditemui dalam warna coklat, kuning atau jingga, bergantung kepada warna cangkerang mutiara itu dihasilkan.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa ribu cangkerang, hanya satu mutiara Melo berwarna jingga yang ditemui. Disebabkan itu, mutiara Melo yang berwarna jingga ini mempunyai nilai yang tinggi dan sangat berharga.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!