Sejak beberapa bulan lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita adik kepada Allahyarham Achik Spin iaitu Khalis dari kumpulan The Real Spin sedang terlantar sakit.
Bagaimanapun, punca kesakitannya tidak dijelaskan dengan lebih lanjut kepada orang ramai.
Tajul dedah penyakit misteri abang Khalis
Baru-baru ini, adik kepada kedua-dua vokalis berkenaan, penyanyi Tajul Arif berkongsi perkembangan terkini abangnya Khalis dan mendedahkan dia kini sedang menderita penyakit misteri akibat terkena ilmu hitam, lapor mStar.
Menurut pelantun lagu Izinkan Aku itu dia dan keluarga sudah mencari pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit abangnya namun masih tidak membuahkan sebarang hasil.
Kena santau sejak jadi artis
“Alhamdulillah, keadaannya sudah semakin baik dari sebelum ini.
“Sebelum ni dia terbaring, tak boleh bercakap, sekarang ni dah boleh lah nak bagi dia minum air sikit dan ajak berborak,” kata Tajul ketika ditemubual mStar.
Selain itu, Tajul mendedahkan abangnya itu disantau sejak mula menceburkan diri dalam dunia hiburan sebagai artis.
“Kalau orang tengok daripada gambar pun dah boleh tahu sakit apa, cuma ada yang tak percaya atau menidakkan benda macam ni.
“Memang betul dia kena santau, dari mula-mula jadi artis lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tajul menyifatkan Khalis merupakan seorang yang baik dan tidak pernah bergaduh mahupun bermusuhan dengan mana-mana pihak.
“Kami ada bawa dia pergi rawatan Islam, memang on the spot terus okay, boleh bangun dan berjalan macam dulu.
“Tapi 2 hari lepas tu, sakit dia datang balik,” tambahnya lagi.
Terdahulu, vokalis kumpulan Spin itu dimasukkan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban, Negeri Sembilan selapas keadaan kesihatannya merosot.
Namanua mula dikenali pada April 2018 selepas video nyanyiannya ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan tular di laman sosial.
Tonton video penuh:
Sumber: mStar (Hawa Soleha Saleem)