Mendapat Berita Mak ‘Pergi’ Disebabkan COVID-19, Anak Mencampakan Telefon Meraung Memanggil ‘Mak’!
Kehilangan insan tersayang akibat COVID-19 boleh menyebabkan tekanan dan trauma kepada mereka yang ditinggalkan.
Tambahan lagi apabila ahli keluarga tidak dapat ‘mengiringi’ mahupun menatap wajah mereka buat kali yang terakhir. Selain itu, ramai juga yang berasa kesal dan sedih kerana tidak dapat menemani insan tersayang saat bertarung dengan virus tersebut.
Begitulah peritnya yang dilalui oleh lelaki ini sewaktu menerima perkhabaran ibunya telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Difahamkan lagi, ibunya disahkan positif COVID-19 dan setiap ahli keluarga tidak dibenarkan untuk melawat mahupun berjumpa pesakit walaupun sekali.
Terima ‘panggilan’ berita duka
Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh @fhairulfizzy13 di aplikasi TikTok, kelihatan lelaki itu sedang duduk di tangga rumah sambil bercakap di telefon.
Video: https://www.tiktok.com/@fhairulfizzy13/video/6990558096175287579
Namun siapa sangka, rupanya panggilan itu menyampaikan berita duka memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dunia kerana COVID-19.
Campak phone dan meraung
Disebabkan terlalu terkejut dan sedih mendengar perkhabaran itu, lelaki itu terus menangis dan mencampakkan telefonnya sebelum meraung memanggil ibunya, ‘Makkkkk!’, buat beberapa kali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan video berkenaan. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama terpaksa menghadapi kesedihan kehilangan insan tersayang akibat COVID-19.
Kehilangan doa seorang ibu kita bukan siapa2 lagi
Menangis sampai bengkak mata
Kongsi pengalaman sama
Baru rasa macam ni, mak meninggal sebab COVID-19
Mari sedekahkan al-Fatihah buat semua pesakit yang telah ‘pergi’ meninggalkan kita kerana COVID-19…
BB: Semoga ar wah dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Sumber: TikTok @fhairulfizzy13 / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit