Ko dah apehal nie Pak Abu oiii… Cikenit gigit telor ka, melompat macam kanggaru dekat sawah tuh.
Bukan sahaja kelihatan melucukan malah ramai yang turut sama ‘geram’ melihat telatah comelnya ini bermain di bendang. Netizen juga turut berseloroh mungkin juga kucing itu terpengaruh dengan kanggaru apabila gayanya melompat itu sama seperti haiwan tersebut.
Memang ada masanya kucing selalu melakukan perkara di luar jangkaan dan mudah terpengaruh dengan keadaan di sekeliling mereka. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang mencuit hati apabila dia dilihat melompat-lompat seperti seekor kanggaru semasa bermain.
Lebih melucukan, kucing itu siap melompat-lompat seperti seekor kanggaru semasa bermain di situ. Malah dia juga tidak henti-henti melompat sambil mengejar belalang yang berkeliaran di kawasan bendang tersebut.
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang seronok bermain di bendang semasa dirakamkan. Menurut pemiliknya, dia pada awalnya sibuk mencari kucing itu di rumah sebelum menemuinya bermain di bendang itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat lucunya ini. Malah ada yang berseloroh kucing itu sebenarnya terpengaruh dengan haiwan lain menyebabkan dia suka melompat seperti itu.
Gelagat lucunya ini juga turut diperhatikan oleh seekor lagi kucing lain yang turut kelihatan terkedu dan pelik melihatnya. Mungkin juga kucing itu berasa hairan mengapa kucing tersebut begitu seronok melompat-lompat di situ.
Sumber: imuslimnetwork.com