Lokasi Perniagaan Didakwa Punca Kesesakan, Nur Shahida Jawab Kenyataan Ahmad Idham – Saya Orang Pertama Yang Pindah Sini”
Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida tampil menjawab kenyataan pengarah Dr Ahmad Idham yang mendakwa bangunan perniagaan miliknya, D’herbs didirikan di kawasan yang padat.
Menerusi perkongsian di Threads, Shahida menjelaskan bahawa bangunannya itu telah bertapak di kawasan tersebut sejak tahun 2015 dan dia merupakan antara individu terawal yang berpindah ke kawasan tersebut.
“Abang yang saya hormati, jangan la cakap Kawasan wisma saya ni Kawasan yang tidak bertamadun. Saya dekat Wisma sejak tahun 2015 dan 5 lot adalah bangunan yang saya beli sendiri dan saya adalah orang pertama yang pindah di sini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shahida turut menegaskan bahawa bukan perniagaan dia sahaja yang beroperasi di kawasan tersebut, malah terdapat banyak lagi perniagaan lain yang turut berada di situ.
“Banyak lagi perniagaan yang dijalankan di sini seperti Car Polish, Kedai Jual Jubin dan macam-macam lagi. Sebelum ini ada restoran di sini juga.
“Kalau ikutkan sini bukan kawasan sesuai untuk buat sekolah juga sebab ia adalah kawasan perindustrian. Bangunan depan pun ada MBPJ yg selalu ada pelanggan,” ujarnya.
Terdahulu, Ahmad Idham meluahkan rasa kecewa apabila kawasan sekitar wisma milik Shahidah didakwa menjadi punca kesesakan lalu lintas susulan kehadiran ramai pembeli.
Menurutnya, lokasi tersebut juga dilihat kurang sesuai dijadikan tumpuan jualan yang menarik kehadiran orang ramai.
Sumber : Astro Gempak

Leave a Reply