Lembah Klang Cec4h Leb1h 5,000 Kapasiti Katil Bagi Perawatan C0V1D-19
PUTRAJAYA: Lebih 5,000 kapasiti katil bagi perawatan COV1D-19 disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) di semua hospital di Lembah Klang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia susulan penambahan kapasiti katil oleh KKM di semua hospital di Lembah Klang iaitu daripada 3,412 katil kepada 3,777 katil di Selangor.
Katanya, sebanyak 1,129 katil ditambah di Kuala Lumpur dan Putrajaya, berbanding 795 katil sebelum ini.
“Selain itu, kerjasama dibuat dengan tiga hospital pengajar universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengoptimumkan penggunaan katil di hospital itu.
“Ia menjadikan keseluruhan katil bagi perawatan COV1D-19 di Lembah Klang melebihi kapasiti 5,000,” katanya pada sidang media khas Pengurusan Pandemik COVID-19 di Lembah Klang, di sini, hari ini.
Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!
Sumber:bharian.com