“Inilah Semangat Anak Malaysia” – Lelaki Beri Pinjam B4ju Untuk Pemuda Cina

“Inilah Semangat Anak Malaysia” – Lelaki Beri Pinjam B4ju Untuk Pemuda Cina ~ Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos adalah hari yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.  Sambutan ini diadakan selepas dua tahun negara terpaksa menunda sambutan tersebut disebabkan oleh covid 19. 

Tahun ini, 2022,  adalah tahun ke 65 Malaysia merdeka. Selama 65 tahun ini, negara kita hidup dalam keadaan aman dan sejahtera walaupun mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. 

Namun, adakalanya sesetengah isu sengaja diwujudkan bagi memecahbelahkan masyarakat Malaysia. Ketahuilah, semangat anak Malaysia yang telah ditanam sejak daripada kecil lagi  kepada seluruh masyarakat tidak akan mampu dipadamkan begitu sahaja dengan isu-isu yang ditimbulkan. 

lelaki bantu pemuda cina

BACA: Bendera Dipasang Terbalik Ketika Rehearsal Sambutan Hari Merdeka, Ini Penjelasannya!

Lelaki Baik Hati Pinjamkan Baju Kepada Pemuda Cina Untuk Ambil Ujian Memandu

@eqrammazizi_

ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebab baju tak berkolar apa apa pon terbaik malaysiaku #semangatmalaysia #f

♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee

Hal ini telah dibuktikan melalui satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok (Eqramm Azizi). 

Dalam video unggahan pengguna tik tok tersebut,  memaparkan mengenai seorang lelaki yang dilihat sedang membantu seorang pemuda Cina. 

Menurut sumber,  pemuda Cina tersebut tidak dibenarkan untuk menduduki ujian memandu kerana pakaian yang digunakan tidak menepati syarat  iaitu,  t-shirt tanpa kolar. 

Disebabkan itu,  seorang lelaki yang kebetulan berada di situ tanpa keraguan terus membuka bajunya,  untuk diberi pinjam kepada pemuda Cina tersebut. Lelaki tersebut memakai dua baju kerana  menurut   komen anak beliau, bapanya sering kesejukan apabila menaiki motor. 

lelaki bantu pemuda cina 1

Adab Memberi Baju Dipuji Warganet

Tindakan lelaki tersebut mendapat pujian warganet kerana adab yang ditunjukkan sebelum memberikan baju tersebut kepada pemuda Cina itu. Beliau menanggalkan bajunya lalu di kibas-kibas dan dilipat dengan elok sebelum diberikan kepada pemuda Cina tersebut. 

Situasi ini  jelas menunjukkan adab kesopanan yang tinggi. 

“Cara dia hulur baju tu yang salute!”

“Ini malaysiaku . Walaupun nak bg org siap buka baju, tepuk, betul kan baju tu dan lipat. Baru bagi org . Adab kita cara kita👍🏼”

“Kepada lelaki yg bagi pinjam baju, begitu suci hati anda. Moga hidup anda di permudahkan. Anda terbaik”

Berikutan video yang tular ini,  anak  kepada lelaki yang baik hati itu meninggalkan komen di video tik tok yang telah dimuatnaik. 

“Itu ayah saya, dia memang selalu pakai baju dua lapis sebab gerak pergi kerja pukul 5 pagi, naik motor sejuk 😃”

“Suka mak saya tengok video ni 😅 semoga doa tu berbalik kepada encik”

lelaki bantu pemuda cina

Inilah semangat anak Malaysia yang kita mahukan sebagai rakyat yang hidup berbilang bangsa sejak puluhan tahun yang lalu. Sikap saling membantu dan adab sopan telah menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

 Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 65.  Merdeka! 

Sumber: TikTok 

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!