Lebih dari 56,000 orang mahu Neelofa dip3njarakan

PETALING JAYA- Lebih 56,000 orang rakyat Malaysia menyuarakan tanda setuju agar Neelofa dipenjarakan selepas terpalit beberapa kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Persetujuan itu dilakukan orang ramai menerusi petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ yang diwujudkan sejak dua hari lalu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman sesawang change.org, petisyen berkenaan berjaya memperoleh sebanyak 56,815 tandatangan setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Pada masa sama, petisyen itu menyasarkan mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa.

Menurut Faryshah Zahirah, dia meminta maaf kepada Neelofa atas tindakan menandatangani petisyen itu.

“Saya minta maaf Neelofa, ini adalah cara untuk kami menghentikan (tindakan) kamu, kami sudah penat,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, Zainu Mat Isa berkata, tindakan pilih kasih daripada pihak berkuasa menyebabkan rakyat berasa meluat serta kecewa.

“Orang miskin diambil tindakan, selebriti bebas mempermainkan undang-undang,” luahnya.

Antara kesalahan Neelofa disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu melanggar SOP Aidilfitri.

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*