Kucing dikatakan sebagai makhluk yang mampu menyerap aura negatif tuannya. Bahkan ia juga sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik seperti menjadi ‘pendinding’ jika tuannya disihir atau diganggu oleh makhluk halus.
Rahma Sering Menangis Tengah Malam Seperti ‘Diganggu’ Sesuatu
Mengalami ‘gangguan’ semasa tidur sehingga menyebabkan kanak-kanak ini sering menangis tengah malam menimbulkan kerisauan ibunya dan ahli keluarga yang lain. Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Rahma itu seringkali menangis secara tiba-tiba pada waktu malam. Dia kelihatan seperti sedang ketakutan atau meracau sambil menangis ketika sedang tidur.
“Singkat cerita anakku Rahma setiap tidur selalu gelisah atau mengamuk tiba-tiba. Seperti ketakutan kerana melihat atau diganggu ‘sesuatu’. Wallahualam” – tulis ibunya dalam video singkat itu.
Pelbagai asumsi dibuat mengenai perkara yang menyebabkan Rahma menangis antaranya ialah gangguan makhluk halus. Biasanya, kanak-kanak sering diganggu oleh makhluk halus dan mereka tidak dapat mengungkapkannya melainkan hanya menangis ketakutan.
BACA JUGA: Ibu Kucing Mengadu Anaknya Terperangkap – Ya Allah Baru Je Diselamatkan, Si C0mel Ini Masuk Lagi!
Kucing Pelindung
Untuk mengelakkan kejadian tersebut terjadi lagi, ibunya mengambil inisiatif untuk membiarkan kucing mereka tidur bersama anaknya, Rahma. Semenjak daripada itu, Rahma tidak lagi meracau ketika sedang tidur. Ajaibkan?
Mungkin benarlah mitos yang mengatakan bahawa kucing adalah pelindung tuannya daripada perkara-perkara buruk.
Comel je si bulus tu tidur dekat tuannya. Seperti mengetahui bahawa tuannya perlukan perlindungan.
Sumber: INSTAGRAM
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.