(VIDEO) Kucing Tak Bergerak Jadi Model Ini Raih Perhatian Netizen

Lebih 5 Juta Views TikTok, Video Kucing Tak Bergerak Jadi Model Ini Raih Perhatian Netizen

KegiIaan peminat ‘si bulus’ atau pencinta kucing dalam memiliki spesies diidamkan sebagai koleksi peliharaan.

Pasti kita banyak melihat pelbagai gelagat kucing yang dikongsi dalam media sosial bukan?

Ada saja telatah mereka yang mencuit hati kita. Tambahan lagi buat kucing Oyen, macam-macam hal dibuatnya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini memaparkan dua ekor kucing menjadi model baju semasa tuannya sedang membuat live telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Langsung tak bergerak masa tuan tengah buat live jual baju

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita dari negara seberang sedang menjual pakaian kucing di laman TikToknya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua ekor kucing peliharaannya sendiri yang menjadi model untuk memperagakan baju tersebut.

Malah, kedua-dua kucing itu dilihat duduk diam dan tidak bergerak semasa tuannya sedang mempromosikan baju tersebut.

“How much is the cat getting paid” – Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut tertarik dengan aksi kucing-kucing tersebut yang bijak dan mendengar cakap.

Malah, ada yang siap bertanyakan berapakah jumlah bayaran yang diterima kucing itu untuk menjadi model.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sumber: says

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*