Kucing Lahir Syndrome Down Keseorangan Tidak Disayang Akhirnya Menemukan Pemilik Yang Luar Biasa
Monty adalah seekora anak kucing yang dilahirkan dalam keadaan syndrome down. Hal ini dapat dilihat pada wajah sedihnya dengan jelas.Namun, nasib Monty terbela apabila sepasang suamisteri Mikala dan Michael mulai merasa kasih dan sayang terhadap Monty.Mereka akhirnya membuat keputusan untuk mengadopsi Monty dari tempat perlindungan haiwan tersebut.
Tidak ada yang lebih cantik daripada alam serta seluruh isi dunia melainkan Pencipta.Hal ini dapat dibuktikan oleh seekor anak kucing yang bernama Monty .Monty adalah anugerah yang unik dan istimewa walaupun pada hakikatnya hidupnya, dia tetap tidak berdaya.
Monty yang tinggal di tempat perlindungan haiwan terletak di Copenhagen, Denmark . Dia berkongsi bilik dengan seekor lagi kucing yang tidak menyukainya dan sentiasa mahu berg4duh dengannya.Walau bagaimanapun, Monty mempunyai keperibadian yang damai dan sedikit pun tidak berasa goyah atau tercabar apabila law4nnya mencari g4duh.
Kekurangan Monty dijadikan suatu kurniaan yang unik .Mereka tidak pernah melihat kucing seperti Monty terutama hidungnya yang comel .
Kisah itu mendapat perhatian warganet tanpa disangka-sangka dan menjadikan ia satu cerita kesedaran buat pembaca.
Kebenaran di sebalik penampilan unik Monty adalah bahawa dia dilahirkan tanpa tulang hidung akibat abnormaliti kromosom. Pasangan itu membawa Monty ke rumah barunya dan juga memutuskan untuk membuat profil di rangkaian sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang wujudnya haiwan yang dilahirkan tidak sempurna dan harus dikasihi seperti Monty.
Keadaan Monty menyebabkan dia mengalami bersin lebih kerap dan kadang-kadang buang air kecil tanpa disedari.Selain itu dia adalah anak kucing yang biasa, dia juga mempunyai lebih banyak tenaga dan agresif berbanding kucing lain yang pernah mereka pelihara.
Keluarga Monty mahu menjadikan Monty sebagai ikon dari semua haiwan yang istimewa dan “c4c4t”, yang kelihatan berbeza dari yang lain.
Sumber: imuslimnetwork.com