Kucing Kesayangan Tak Tentu Arah, Duduk Lama Di Tempat Terakhir Tuannya Baring – Selalu Buat K0nten Tiktok Bersama Kini Tidak Dapat Lagi

Tiada siapa yang mahu mengalami kehilangan orang tersayang di dalam hidupnya. Kehilangan orang tersayang sudah pasti akan menyebabkan kita rasa sangat sedih. Bahkan, rasa sedih tersebut turut boleh dirasakan oleh haiwan kesayangan tuannya seperti seekor kucing yang dinamakan sebagai Ciput ini. 

Kucing Kesayangan Tercari-cari, Ayah Sudah Meninggal

@ladymarsya

Ya allah aku tak kuat . Mintak tolong korang sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah . #ayahnciput #ciputkhan

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Kucing kesayangan bernama Ciput itu dirakam berjalan tidak tentu arah mencari tuannya di sekitar ruang tamu rumah tersebut. Malah Ciput juga dilihat cuba mencari ‘bau’ tuannya di tempat terakhir arwah terbaring.

kucing kesayangan

Tuannya, iaitu ayah kepada pemilik akaun Tiktok (@Ladymarsya) ini, difahamkan telah sudah meninggal dunia pada 11 September baru-baru ini. 

“Ciput macam dah tak tentu arah cari ayah. Dia cari mana ayah. Dia cari bau ayah. Lama Ciput berdiri di situ. Dia bau ayah last terbaring dekat sini.”

“Saya nak minta tolong kepada semua sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah saya. Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 September 2022. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

BACAJUGA: Amboi, Comel Je Si Bulus Ni Merajuk Bila Orang Ambik Mainan P4tungnya

Selalu Buat Konten Tiktok Bersama, Ayah Ajar Macam-macam ‘Trick’ 

@ladymarsya

Replying to @IRAH RASHID view ciput’s Side pulak! Ikhlas ke? 🤪 #gweichrancak #fypシ #ayahnciput #ciputkhan #catlover

♬ Panah Asmara Speed Up – 𐙚 ⋆˚。⋆ bilaAa

Arwah ayah pemilik Tiktok tersebut dikenali oleh ramai pengguna Tiktok yang lain kerana sering dilihat bermanja dan mengajar pelbagai jenis taktik kepada kucing kesayangan tersebut. Bahkan video Tiktok terakhir bersama kucing kesayangannya itu dimuat naik beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia. 

kucing kesayangan

Video terbaru yang dimuat naik menunjukkan Ciput sedang didukung oleh salah satu menantu yang memakai baju tuannya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang agak terkejut mendapat khabar bahawa tuan kepada kucing bernama Ciput itu sudah meninggal dunia. Tidak kurang juga yang sama-sama merasa sedih. 

“Sedih gila rasa. Selalu tengok tiktok this lady dia selalu post video ayah dia main and train kucing dia nama ciput. Pastu video paling latest tengok video kucing dia sorang2 and lagu sedih, rupanya ayah dia baru meninggal 11hb. Alfatihah buat pak cik.”

“Baru tengok account dia semalam sebelum video yang last tu, ttbe keluar fyp video baru ayah dia dah takde. Innalillah untuk pakcik.”

“Ya Allah sedihnya. Saya pun selalu tengok vid2 pakcik ni main dgn kucing kt TikTok selalu masuk kt fyp wall. Tak sangka pakcik ni dh meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah.”

“Iyeee smlm siang tgk vid yg ajar trick baru pstu mlm nampak vid yg kata ayahnya sudah meninggal. X dpt thn trus jatuh air mata. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman aamiin.”

Sumber: TIKTOK, TWITTER

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!