Kucing guna nebulizer kerana semput curi perhatian, “Baka comel ni selalunya kurang sihat…”

Kucing guna nebulizer kerana semput curi perhatian, “Baka comel ni selalunya kurang sihat…”

Memiliki kucing di rumah bukan sahaja dapat dijadikan peneman tetapi juga sebagai penghibur hati dan penghilang tekanan apabila dapat melihat gelagat mereka yang comel dan menggelikan hati

Betul ke kucing baka yang comel2 ni kebanyakannya tidak sihat dan dikira sebagai kucing yang cacat? Ada benarnya juga. Jika dibandingkan dengan kucing biasa, kucing biasa nampak lebih bermaya dan kuat serta aktif. Tidak dinafikan ada juga kucing baka comel yang aktif dan bertenaga, terpulang kepada penilaian masing2, Pecinta kucing mesti tahu akan hal ini. Kisah Kucing guna nebulizer kerana semput curi perhatian, “Baka cute ni kurang sihat…”

‘ Pembiak kucing membiakkan kucing yang tidak sesuai untuk dibiak untuk menghasilkan kucing yang unik, tetapi dengan pelbagai masalah kesihatan. Perkara itu dapat dilihat dalam sebuah video yang tular baru-baru ini di mana seekor kucing sedang menggunakan nebulizer untuk membantunya bernafas.

Namun apabila seseorang itu memilih untuk membeli haiwan peliharaan semata-mata untuk hiburan diri sendiri tanpa memikirkan kesihatan haiwan yang mereka bela, mereka secara tidak langsung menyumbang kepada aktiviti pembiakan kucing.

Tingkah laku kucing itu yang khusyuk mendapatkan oksigen mencuit hati netizen, walaupun ramai yang turut kasihan dengannya kerana tahap kesihatan yang terjejas akibat pembiakan.

Dalam video TeekTo0k yang dikongsikan semula di Twidtr itu, seekor kucing baka munchkin dilihat duduk di atas meja dengan patuh sementara mukanya diletakkan ke dalam corong mulut sebuah nebulizer.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!