Aaa Sudah, Ko Tu Jantan Bawa Balik Anak Kucing Sapa Ni, Heboh, Dia Menang Hak Penjagaan Anak.

Aaa Sudah, Ko Tu Jantan Bawa Balik Anak Kucing Sapa Ni, Heboh, Dia Menang Hak Penjagaan Anak.

Pemilik kucing mesti sudah biasa dengan situasi di mana kucing akan membawa balik tetamu yang tidak dijangka pulang bersama ke rumah. Sama macam gelagat seekor kucing jantan ini yang mencuri tumpuan ramai apabila dia membawa pulang seekor anak kucing bersamanya.

Alahai… macam3 gelagat kucing yang sangat mencuit hati lagi2 kepda sesiapa yang memelihara kucing dirumah memang puas melihat gelagat lucu kucing2 mereka itu. Gelagat Kucing Jantan Bawa Balik Anak Kucing, “Anak Siapa Lah Dia Bawak…”

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang membawa seekor anak kucing pulang ke rumah bersama-samanya. Namun apa yang melucukan ialah pemiliknya tidak tahu dari manakah dia menemui anak kucing itu.

Bukan sahaja mengejutkan pemiliknya malah situasi ini juga turut membuatkan netizen berdekah melihat gelagatnya ini. Sehinggakan video tersebut kini tular dikongsikan dengan hampir setengah juta tontonan setakat ini.

Turut dapat dilihat anak kucing itu yang mengekori kucing tersebut dari belakang seolah-olah dia cukup kenal dengan kucing tersebut. Lebih mencuit hati, pemiliknya memberitahu kucingnya itu adalah kucing jantan dan bukannya kucing betina.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba kucing jantan ini. Malah ada yang berseloroh kemungkinan kucing jantan itu baru sahaja menerima hak penjagaan ke atas anaknya itu setelah sekian lama.

Situasi ini turut membuatkan pemiliknya pening kepala dibuatnya lagi-lagi kerana identiti anak kucing itu yang langsung tidak diketahuinya. Namun netizen memberitahu mungkin juga anak kucing itu sebenarnya adalah anaknya yang diambil dari bekas isterinya sendiri.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!