“kerja gomen lebih banyak bercakap dan mengump4t dari bekerja”… Lelaki Ini Akui Bos4n dan Ingin Bersara

Gambar sekadar hiasan

Assalamulaikum semua.

Bila cerita kerja kerajaan, pasti ramai akan angap ianya kerja paling selamat dan boleh lepak kan. Tapi selama lebih 15 tahun bekerja baru aku sedar bahawa kerja kerajaan ini sebenarnya amat sesuai untuk mereka yang tiada visi untuk berdikari.

Selepas tamat SPM, aku rasa bestnya kalau dapat kerja kerajaan. Ada office besar, ada pencen, ada kemudahan percuma dan lain-lain kelebihan. Ya memang benar ia semua ada dan aku amat bersyukur kerana terpilih dari kalangan berpuluh atau mungkin beratus ribu yang memohon.

Tapi bila sudah lama kerja, aku lihat walaupun pelbagai kemudahan di sediakan sebagai penjawat awam. Tetapi corak dan kerja kami tidak lah sama dan seperti pekerja swasta.

Kerja kami lebih kepada keperluan negara dan rakyat. Tiada nilai keuntungan seperti syarikat swasta yang prestasi di nilai menerusi jualan dan keuntungan syarikat setiap bulan.

Ramai yang berangapan bekerja dengan kerajaan mudah. Tetapi hakikatnya kesabaran amat perlu dalam melayan kerenah manusia ini. Dalam bekerja seharian pelbagai kerenah manusia yang aku jumpa. Yang kaya, yang miskin, yang sombong, yang baik dan bermacam2 lagi.

Tapi, yang aku tak boleh tahan dan rasa ingin bersara awal adalah kerana dalam kerajaan, membawang adalah satu perkara rutin bagi mereka. Setiap hari ada sahaja isu dan cerita yang ingin di bawangkan.

Rajin kerja pun Di kutuk, malas kerja pun Di kutuk. Dengan erti kata lain siapa pandai membawang mereka lah amat terkenal di jabatan tersebut.

Manakala orang yang tak suka membawang dan diam dengan urusan sendiri di angap tak campur masyarakat, tak ada semangat berpasukan dan macam2 lagi la. Maka mereka ini jarang mendapat penilaian yang adil kerana dalam penialan kerja aktiviti lain juga di ambil kira sebagai markah.

Apa yang membuat kan aku rasa ingin berhenti adalah apabila aku terlibat dalam satu projek kerajaan ni. Sebagai kakitangan yang di tugas kan dalam projek pasti aku ingin yang terbaik untuk negara.

Tetapi malangnya ketegasan aku dalam mesyuarat di angap tidak betul malah kelemahan operasi yang aku meminta untuk di perbaiki bukan sahaja tidak di hargai malah cerita memburukkan aku pula timbul.

Jika sebelum itu ok sahaja kau bekerja dan hubungan aku dengan rakan sepejabat.. Tetapi selepas kejadian itu pelbagai cerita buruk tentang aku timbul..

Itu lah kerja dalam kerajaan, lebih banyak bercakap dari bekerja. Lebih banyak mengumpat dari pelbaiki keadaan. Yang kuat mebodek di angkat yang tegas untuk bekerja di angap bermasalah. Aku sudah bosan dengan mainan ini semua. Aku nak bersara dan fokus kepada kerjaya peniagaan aku…

Namun begitu bukan mudah kerana komitman telah banyak. Keluarga semakin besar. Entahlah…

Perkongsian lelaki ini mendapat reaksi hangat dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Mana2 kerja pun sama je. Kita hanya nampak buruk di tempat kerja kita sebab kita yang alami. Tp kita takpernah duduk di tempat orang, so kita takkan tau pun apa pulak yang tak seronok di tempat org. – Haiyani Hasyim

 Masuk dulu di sektor swasta, baru anda tahu swasta tak seindah yang anda lihat. Memang certain tempat ada buat penghargaan untuk yang berprestasi, tapi kalau kau dapat boss yang kedekot giler and tak amk berat kebajikan staf, makan hati keje kat situ. Membawang mana2 pun ade cik kak. – Ruminous Rose

1.Pernah deal dengan mahkamah syariah ******* , tanya pegawai mana, orang tu jawab pegawai takde ambik anak sekoloh, bukan lunch hour ok.

2. Call satu office gov di putrajaya, i speak English, kakak tu jawab, dik awk tak payah ckp England sangat la.

3. Sedara ramai keje gov, depa cakap kalau hg rajin hang sorang jela buat keje
Wallahualam.

-Sarah Hafiz

Ikut agensi jugak. Saya cikgu sekolah. Sekolah kami besar dan murid pun ramai, so memang takde masa nak berpuak2, membawang, menfitnah orang ni. Semua buat kerja masing2. Setiap masa terkejar2 nak ke kelas, solat dan settlekan urusan kelas. Waktu nak borak pun masa kat kantin atau surau je. So kesimpulannya, terpulang pada jabatan. Jangan pukul rata kat semua penjawat awam tau. – Syahirah Mohamad

Saya pernah intern di hospital kerajaan, nampak macam relax tapi hakikatnya mereka bergadai nyawa mereka setiap hari untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Membawang? Lagi hebat saya kena di sektor swasta sampai tkam belakang. Jadi, saya elak untuk turut membawang kerana nak membawang tu atas individu. Let your work do the talking.

Tapi macam mana bentuk pengurusan yang ada dalam satu2 agensi adalah berkait rapat dengan bagaimana ketua agensi mencorak budaya kerja. Budaya tak boleh ubah? Awak boleh mula dulu. Semua mula dengan diri sendiri. Awak yang mencorakkan laluan kerjaya awak. – Dyna Ryoko

Bagus dr sg kebajikan berbanding swasta. Masa sihat, ok tak ada masalah. Bila sakit, barulah kita sedar kebajikan tu penting.

Bab membawang, mana2 pun lbh kurang sama sj. Bab berpuak2, mana2 pun sama sj. Bergantung pd kita untuk elakkan perkara2 tersebut. Sbb tu lah, setiap hari dlm perjlnn pergi kerja, doa siap2 Mudah2an dipermudahkan segala urusan. Berurusan dengan org yang baik2 sj.

Segalanya terletak pd pergantungan kita pd Ilahi. Pendek kata, dimana2 pun kita berkhidmat, buatlah kerana Ilahi. – Syakriah Isyak

– Gomen man putrajaya (Bukan nama sebenar) via IIUMC | ARtikel dipetik dari: edisimedia / Mediaportal

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!