Kehilangan seseorang adalah merupakan salah satu dugaan yang terberat terutamanya buat anak-anak yang kehilangan ibu atau ayah. Walaupun dijaga baik oleh ahli keluarga yang lain, rasa kehilangan sudah pasti akan sentiasa menerpa.
Begitulah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki yang telah kehilangan ayahnya ni.
Menangis Siapkan Kerja Rumah “Bapa Saya”
Satu video tular yang memaparkan seorang kanak-kanak menangis sambil membuat kerja rumahnya yang diminta tulis perkataan “BAPA SAYA” telah mengundang sebak di hati netizen.
Muhammad Danish Suhaini, atau digelar sebagai “Abang”, itu dilihat menangis teresak-esak sambil cuba ditenangkan oleh penjaganya. Rupa-rupanya, beliau telah kehilangan ayahnya dan kini dijaga bersama ibu dan neneknya.
Video ini telah dimuatnaik semula oleh sebuah akaun page Facebook (Manisfm) dan mendapat lebih daripada 355k tontonan.
“Min pun sebak tengok situasi nie, semoga adik ini membesar menjadi seorang yang membanggakan keluarga nanti. Amiin. #ManisSharing #manissangat
Video tersebut jelas menunjukkan kesedihan dan rasa rindu yang tak berpenghujung oleh seorang anak untuk ayahnya.
Jangankan budak kecil, kita yang dah dewasa ni pun rasa sebak je bila teringat ibu atau ayah yang telah meninggal dunia.
BACA JUGA: Dermakan Sebelah Buah Pinggang Untuk Isteri Tercinta, Besarnya Pengorbanan Suami Ini!
Guru Perlu Prihatin, Beri Pilihan
Berikutan video tersebut, ramai netizen turut merasa sedih dan sebak melihat adik tersebut menangis kerana rindukan ayahnya. Sehubungan itu, ada juga beberapa netizen yang mencadangkan agar pihak guru lebih sensitif dan prihatin sekiranya pengajaran melibatkan tentang keluarga.
“ Kuat ya boy… InsyaAllah ayah tersenyum di sana. Nak berpesan pada guru-guru atau pembuat soalan latihan /peperiksaan, kalau buat soalan ayah biar ada pilihan ibu dan begitulah sebaliknya…. Prihatin dengan mereka yang anak yatim atau keluarga bercerai..”
“ Mcm kes anak sy… Dari kecil lagi x pernah rs kasih syg dr bapanya sbb bercerai… Bila kat sekolah cikgu srh buat karangan bertajuk “Ayah kaulah heroku”… Dia bgtau sy dia x dpt buat karangan tu… Lama dia termenung dalam kelas sbb x dpt buat… Last dia buat karangan bertajuk..,”Ibu kaulah heroku!!!!”…. Sebak, sedih hanya Allah yang tahu…. Cikgu dia tunjuk karangan dia buat tu kat saya… Airmata sy mengalir laju bila baca setiap baris ayat2 dia…. Allahuakbar…”
“Kesiannya adik ni.. cikgu kena peka juga tentang hidup anak murid. Moga adik kuat ye”
“sama kes ng ank jagaan tahun 1 tahun nie,balik sekolah tetiba mata bengkak,tanya kenapa?? cg suruh lukis gambar ayah ibu dan keluarga,adik dah xda ayah n ummie..adik xnk sekolah esok la..aduhhh..paham perasaan dia se awal 5 tahun kehilangan..di sini la part paling mencabar as penjaga ank yatimpiatu..utk memujuk,meredakan tangisan..”
Sumber: FACEBOOK
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.