Setiap rumah mesti akan ada tabung untuk simpan duit. Paling tidak pun akan ada satu untuk simpan duit syiling atau duit yang kita jumpa dαlam rumah.
Tapi pastikan duit yang kita simpan dalam tabung ini tidak bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Ia untuk mengelakkan kejadian duit repput seperti yang berlaku terjadi pada rakan Lily Noorly Mohd Noor ini.
Duit yang disimpan rakannya dalam tabung tin reput, jumlah pula bukan sedikit hampir RM1k.
Elok juga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Boleh jadi ia berpunca daripada duit lembap yang dimasukkan dalam tin. Ia mungkin penyebab berlaku proses pereputan, apatah lagi ia disimpan dalam tabung jenis besi atau tin.
Duit kertas r3put, hαncur, lebur RM1k
Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit mereput, relai, hαncur, bila cuba nak buka dari lipatan.
Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak.
Alhamdulillah, terima kasih yg share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Mudah-mudahan dapat balik ganti.
Untuk pengetahuan duit yang reput seperti ini boleh ditukar di Bank Negara. Duit yang reput tapi masih ada lebih separuh daripada saiz asal boleh menerima nilai penuh.
Kredit: Vanilla Kismis
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih