“Jangan cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun” – Shahida ‘bahasakan’ Ahmad Idham

“Jangan cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun” – Shahida ‘bahasakan’ Ahmad Idham

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahida tampil membidas kenyataan pengarah Dr Ahmad Idham yang mendakwa premis perniagaannya menjadi punca kesesakan lalu lintas.

Kesal dituduh sebagai ‘tidak bertamadun’, Shahida juga menjelaskan dia dan suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sudah lama menjalankan perniagaan di kawasan yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya itu.

“Abang yang saya hormati, janganlah cakap wisma saya ini kawasan tidak bertamadun. Saya dekat wisma ini sejak tahun 2015 dan ini adalah bangunan yang saya beli sendiri. Saya adalah orang pertama yang pindah di sini,” katanya.

Perkongsian Shahida di Threads. 

Shahida membuat luahan itu dalam satu hantaran di Threads miliknya.

Dia dalam masa sama memberitahu kawasan tersebut adalah sebuah pusat perniagaan dan tidak sesuai untuk pembinaan sekolah.

“Kalau ikutkan sini bukan kawasan sesuai untuk buat sekolah, sini kawasan perindustrian,” jelasnya.

Terdahulu Ahmad Idham dalam beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila kawasan sekitar wisma milik Shahida dan Aliff menjadi tumpuan ramai pembeli sehingga mengganggu lalu lintas.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama perniagaan, namun salah satu premis yang terdapat di kawasan tersebut adalah milik Shahida.

Dalam satu komen balas, Ahmad Idham juga berpendapat kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan tempat tumpuan melakukan jualan yang menarik kehadiran ramai pembeli.

Sumber : mStar

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*