Kisah yang memaparkan kasih sayang suami tiada batasan ini telah diceritakan melalui satu perkongsian yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook (Yazeed Hair Johari) dan telah mendapat lebih 250 perkongsian dan juga tanda suka.
Suami Tetap Setia Dalam Keadaan Sukar, Isteri Sedang Nazak
Mengimbas kembali kenangan beliau ketika menjaga wad wanita di sebuah hospital, terdapat seorang makcik sedang menghidapi kanser usus dan juga kerosakan buah pinggang tahap 4.
Keadaan makcik tersebut adalah sangat merisaukan kerana peluang untuk terus bertahan hidup hanyalah 10%.
“Bulan lepas.. Aku ada pergi ke hospital teluk intan … Wife aku nak melawat kawan dia yang tengah admit dalam ward .. So sebelum masuk melawat tu , Aku singgah lah dekat surau Hospital Teluk Intan ni ..
Masa nak masuk kat dalam ruangan solat .. Nampak pakcik ni tengah baca surah di balkoni surau .. View ni mengingatkan aku kembali kepada satu kes .. Dekat hospital daerah johor dulu.
Masa tu aku incharge ward wanita. Dalam ward tu ada seorang pesakit yang sedang nazak. Makcik Maimun (bukan nama sebenar), adalah pesakit yang menghidap kanser usus skali gus kerosakan buah pinggang stage 4.
Disebabkan pertumbuhan kanser yang besar dan menekan kedua dua belah buah pinggang tadi menyebabkan fungsi nya turut rosak.
Keadaan makcik Maimun memang boleh dikatakan hanya tinggal 10% sahaja dari survival rate. Semua bacaan darah tak cantik. Apatah lagi fungsi organnya yang agak teruk. “
BACA JUGA:Banjir Di Pakistan Jejaskan Lebih 30 Juta Penduduk, Ribuan Terkorban!
Pesakit Dalam Keadaan Nazak, Ahli Keluarga Diminta ‘Bersedia’
Disebabkan itu, ahli keluarga pesakit diminta bersedia atas sebarang kemungkinan. Ramai sangat ahli keluarga yang datang untuk melawat. Tetapi, anehnya, suami makcik tersebut langsung tidak kelihatan.
“Masa tu ramai lah ahli keluarga makcik maimun datang melawat memandangkan pernafasan makcik maimun pun dah makin merosot. Badan dan mukanya mula membengkak, dah tak seperti dahulu.
Aku pun terpaksa inform pada ahli keluarga tentang keadaan makcik maimun dan juga status DIL (Death in Line). Maknanya harapan tipis dan risiko untuk meninggal dalam masa terdekat itu adalah tinggi.
Lepas aku explain semua kepada ahli keluarga makcik maimun. Aku pun ke surau.”
Rupa-rupanya Suami Ada Dekat Surau, Doakan Isteri Sambil Menangis
“Selesai solat, nampak seorang pakcik yang sedang duduk di hujung anjung surau kecil tadi. Menangis sambil memegang alquran. Teresak-esak membaca surah.
Aku pun terus berjalan kearah pakcik tu . Aku duduk sebelah dia .. “Assalamualaikum .. Pak cik .. Pakcik ok ?,” tanya aku. Pakcik tu mengangguk sembil mengelap air matanya.
“Kenapa pakcik menangis ni ..” tanya aku.
“Pakcik tengah sedekah kan surah kepada orang rumah pakcik .. Dia tengah nazak ..” balas pakcik tadi.
“ Ohh .. Siapa nama orang rumah ?,” tanya aku sengaja.
“Maimun ..” balas pak cik tadi.
“Oh saya lah doktor in charge makcik Maimun .. Patut lah masa saya explain keadaan makcik Maimun dekat ahli keluarga .. Pak cik tak ada ..”
“Pakcik tak tahu macam mana hari esok tanpa makcik…” – ujarnya
Dalam perbualan tersebut, pakcik Karim menceritakan bahawa beliau telah berkahwin dengan makcik Maimun lebih 40 tahun. Beliau tak tahu macam mana nak hidup sekiranya isteri kesayangan itu pergi menghadap ilahi.
“Pakcik dah berkahwin dengan makcik maimun lebih 40 Tahun dah doktor .. Dia lah kawan baik pakcik, teman segala galanya .. teman makan minum, teman berjalan, teman ke pasar, teman ke hospital .. teman bergaduh …. Pakcik tak tahu macam mana hari esok tanpa makcik maimun kamu tu ..”
Demikianlah, kita semua takkan terlepas dari kematian. Siapa yang akan pergi dahulu, tiada siapa yang mengetahui. Oleh itu, selagi masih ada umur, sayangilah dan hargailah pasangan anda.
Sumber: Facebook Yazeed Hair Johari
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.