Inilah Persamaan Antara Arwαh Pak Yus, Mr Os Dan Abam Yang Membuat Pɛmergian Mereka Di ‘Cɛmburui’

Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menceritakan persamaan tiga pelawak popular,Allahy4rham Abam, Mr Os dan Pak Yus yang ketika hayatnya suka bersedekah dan membantu golongan di dalam kesusahan.

“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.

“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jen4zah untuk arw4h Mr Os, saya menguruskan jen4zah dia sangat mudah dan begitu juga arw4h Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

“Mr Os sewaktu hayatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masal4h kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.

“Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila m4ti anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.

“Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arw4h Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.

Selepas pemergian arw4h Abam, tular kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayatnya masih ada. Terbaru, kisah seorang wanita yang merayu supaya membenarkannya melawat pusara Abam pada waktu malam.

Kisah ini dikongsi penggali kubur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51 yang menyatakan dia didatangi seorang wanita bersama anak perempuannya yang menunggang motosikal di Tanah Perkuboran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 8.00 malam.

Sumber: Instagram Ustaz Hanafiah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!