Ini Sebabnya Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Boleh Punca Pokok ManduI
Bagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam pokok berbunga dah namun putiknya gvgur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.
Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini walaupun sakan pokok berbunga.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/Bekas yang Kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut Hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gvgur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Sepang FarmVill Via Akakpesan