Ini Pvnca Kenapa 4lbert E1nstein Menolak Tawaran Sebagai Pr3siden Isr4el

Sebagai ahli fizik yang memenangi Hadiah Nobel dan pencipta formula yang paling terkenal di dunia, Albert Einstein mempunyai resume yang sangat mengagumkan.

Namun, disebalik kehebatan beliau dalam bidang sains, ada satu gelaran yang ditolak oleh Einstein, iaitu sebagai Presiden Israel.

Presiden Israel yang pertama dari tahun 1949 hingga 1952, Chaim Weizmann berkata bahawa Einstein adalah “orang Yahudi paling hebat” yang hidup pada ketika itu.

Dan apabila Chaim menghembuskan nafas terakhir pada 9 November 1952, hanya satu pengganti sahaja yang dilihatkan sebagai orang yang sesuai.

Oleh itu, pada 17 November 1952, kedutaan Israel telah menghantar surat kepada Albert Einstein, secara rasminya menawarkan jawatan presiden Israel kepada beliau.

Dalam surat tersebut memberitahu bahawa jika jawatan itu diterima dan Einstein berpindah ke Israel, beliau tidak perlu risau jawatan tersebut akan mengganggu kerja-kerja sains yang dilakukannya, kerana ia hanyalah jawatan presiden.

“Perdana Menteri memberi jaminan kepada saya bahawa dalam keadaan sedemikian kemudahan dan kebebasan untuk meneruskan kerja saintifik anda akan diberikan oleh kerajaan dan orang-orang yang sedar kepentingan yang besar dari hasil usahamu,” tulis Abba Ebban, seorang diplomat Israel.

Dan walaupun Einstein agak berusia pada ketika itu, iaitu 73 tahun, namun beliau masih menjadi pilihan popular.

Salah satu sebabnya adalah, sebagai seorang profesor kelahiran Jerman yang mendapat tempat perlindungan di Amerika ketika Hitler bangkit untuk berkuasa, Einstein telah lama menjadi penasihat untuk penubuhan tempat perlindungan tanpa penganiayaan bagi orang-orang Yahudi.

Selain itu, sifat kepimpinan Einstein dalam menubuhkan Universiti Ibrani Jerusalem menunjukkan bahawa beliau mungkin menjadi calon yang layak dan penyokongnya menganggap kepakaran matematiknya sangat berguna dalam mengembangkan Israel.

Sumber : News Max, Jewis Virtual Library, Alltha, Dan World Atlas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*