Harimau Hitam Dilihat Muncul Semula, Jenis Harimau Yang Sangat ‘RARE’

Harimau hitam ini dilaporkan telah dijumpai di hutan negara India dan amat jarang dilihat pada sebelum ini.

Jurugambar amatur Soumen Bajpayee berjaya menangkap gambar haiwan pemangsa yang berada di ambang kepupusan itu ketika dia berada di timur Odisha.

Seekor harimau hitam yang sangat jarang ditemui telah dilaporkan berjaya dikesan di India. Menurut Daily Mail, spesies harimau yang dikenali sebagai harimau melanistik ini hanya dapat dijumpai di Odisha, India sahaja.

Para pakar mendakwa bahawa hanya ada tujuh hingga lapan ekor harimau jenis ini sahaja yang tinggal di negeri tersebut.

Spesies ini dikenali sebagai harimau melanistik kerana kecacatan pada gen yang bermaksud garis hitam tebal mereka lebih banyak melitupi badan mereka berbanding bulu oren yang lazimnya lebih banyak kelihatan.

India adalah habitat bagi 70 peratus populasi harimau dunia.

Majoriti harimau hitam boleh ditemui di Simplipal Tiger Reserve di Odisha. Pusat perlindungan itu kali pertamanya melaporkan kehadiran harimau melanistik ini pada tahun 2007.

Harimau hitam melanistik ini hanya dijumpai di negeri Odisha sahaja dan jumlahnya menurun secara drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Laporan Banci Harimau 2018.

Dr Bivash Pandav, seorang pakar hidupan liar dan saintis di Wildlife Institute of India memaklumkan kepada Times of India bahawa beliau percaya hanya ada tujuh hingga lapan harimau hitam ini sahaja yang masih terdapat di negara India.


Harimau hitam itu difahamkan bersaiz lebih kecil daripada harimau biasa, dan pertama kali dilihat di India pada tahun 1990.

Menurutnya, harimau hitam ini adalah antara yang paling ‘unik’ di dunia kerana genetiknya. Dipercayai bahawa jalur hitam tebal yang terdapat pada badan mereka itu adalah kerana baka mereka.

Mereka tinggal di Odisha kerana hutan yang luas dan habitatnya yang pelbagai.


Namun jabatan hutan di Odisha menyatakan bahawa permasalahan utamanya bukan daripada aktiviti pemburuan haram tetapi kerana peningkatan populasi manusia. Pemesatan aktiviti urbanisasi yang tinggi telah mengecilkan ruang untuk harimau ini hidup dan membiak, menurut NDTV.

Tetapi pakar hidupan liar mendakwa bahawa aktiviti pemburuan haram telah memberi kesan kepada seluruh populasi harimau – mereka diburu kerana tulang, kuku, kulit serta misai mereka.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Sumber: Siakap Keli / BT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*